,
Laman Utama

"Trending Tak Bermaksud Talent" - Aishah

Amri Hassan
22/08/2022
02:42 MYT
Juara Gegar Vaganza 4 (GV4), Datuk Aishah tampil mengulas mengenai ledakan pengasas produk dan 'artis baharu' yang berkeyakinan tinggi merakamkan suara sendiri.
Namun, semua pihak perlu bekerjasama untuk menjaga kualiti produk atau karya yang dihasilkan dan sedar diri akan tahap bakat sendiri.
"Panas didebatkan mengenai pengasas-pengasas yang merakamkan single dan terjun dalam industri muzik.
"Siang-siang I tulis tak payah kecam apa yang I tulis ini adalah pendapat I.
"Sebagai artiste yang mencari makan berpuluh tahun dalam industri ini, I faham dan dalam banyak hal setuju dengan pendapat teman-teman artiste.
"Tapi realiti sebenarnya sekarang, kita tak boleh halang sesiapa untuk merakamkan suara mereka.
"Cuma kalau kita boleh bekerjasama untuk menjaga quality produk yang dikeluarkan, ada kesedaran dan muhasabah diri dalam tahap bakat masing-masing.
"Contohnya, kita kena faham bahawa hakikatnya walaupun lagu kita trending itu tak bererti lagu dan nyanyian kita bagus.
"Ia sekadar content dalam akaun media social kita. Trending does not necessarily equals to talent," tulisnya dalam hantaran di Instagram baru-baru ini.

Aishah saran belajar asas muzik

Pelantun lagu Janji Manis Mu itu bagaimanapun menyarankan semua pihak bukan hanya artis untuk bersama-sama menyokong satu sama lain dan mengambil pendekatan tertentu untuk menjamin kualiti karya yang dihasilkan.
"Boleh je kita sama-sama cuba support each other, dengan menggalakkan sesiapa yang nak buat rakaman pergilah sekurang-kurangnya belajar basic, sekurang-kurangnya boleh hold a melody.
"Bahagian produksi pun boleh gunakan macam-macam teknologi. Di luar negara tu ramai artiste yang apa I panggil 'created'.
"Pendengar juga kita kena 'educate' mungkin sudah masanya ada subjek basic music and appreciation' di sekolah, supaya orang kita tahu menilai yang mana the real talent dan yang mana sekadar hiburan suka-suka.
"Chill...seni itu luas interpretasinya..lets try to work out what is best for our music industry," ulasnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hiburan

Dayang Nurfaizah Sebak Dengarkan Lagu 'Mencintai Cinta' Nukilan Allahyarham Rudy Imran - "Rakam Dulu Takut Nanti Tak Sempat"

gempak
21/11/2024
21:55 MYT
Sesi pra-dengar album terbaharu 'Janji' Dayang Nurfaizah bertukar pilu apabila lagu berjudul 'Mencintai Cinta' hasil nurkilan Allahyarham Rudy Imran diputarkan kepada rakan media.
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Hiburan

“Dulu Orang Tak Terima Bakat Saya Sebab Tak Cantik & Gemuk” - Nadeera Kenang 13 Tahun Perjalanan Karier Seni, Syukur Sekarang Ramai ‘Buka Mata’

gempak
20/11/2024
01:30 MYT
Penyanyi Nadeera mengakui terkenangkan perit jerih perjalanan karier seninya 13 tahun lalu yang tidak diterima sesetengah pihak gara-gara sering dicerca.
Unitar