Pertama dan julung kalinya dipersembahkan di Malaysia. Gabungan tiga penyanyi dengan karisma, pesona dan vokal tiada tara akan bersama di atas satu pentas.

Once Mekel, Marcell dan Bams (bekas vokalis Samsons) bergabung dalam konsert Trio Terhebat (Vol 1), pada 4 Mei 2024 di Plenary Hall, Kuala Lumpur.

Konsert yang dibawakan khas oleh Arena Muzik dan ICON Entertainment melihat Trio Terhebat sebagai idea dan gabungan baik yang belum pernah dilakukan dalam persembahan sebelum ini.

Once Mekel akan menghiburkan peminat menerusi lagu-lagu seperti Dealova, Hilang Naluri, Kucinta Kau Apa Adanya dan Ditentukan Untuk Bersama.

Dalam pada itu, Marcell pula akan mendendangkan lagu-lagu seperti Semusim, Firasat, Takkan Terganti, Mendendam, Peri Cintaku dan Jangan Pernah Berubah.

Dan semestinya buat yang merindukan Bams melagukan kembali Naluri Lelaki, Kenangan Terindah, Akhir Rasa Ini dan Kisah Tak Sempurna.

Tiket-tiket dengan harga RM268, RM308, RM358, RM358, RM458, RM558 dan RM1388 boleh dibeli dengan melayari www.ticket2u.com.

Pemegang kad kredit Maybank akan menerima potongan harga sebanyak 12 peratus. Manakala pemegang kad debit Maybank pula menerima potongan harga 10 peratus.