,
Hiburan

Trio Terhebat (VOL 1) Gandingkan Tiga Penyanyi Hebat, Once Mekel, Marcell & Bams, Gerenti Buat Peminat Galau!

Muhammad Firdaus
20/02/2024
10:25 MYT
Pertama dan julung kalinya dipersembahkan di Malaysia. Gabungan tiga penyanyi dengan karisma, pesona dan vokal tiada tara akan bersama di atas satu pentas.
Once Mekel, Marcell dan Bams (bekas vokalis Samsons) bergabung dalam konsert Trio Terhebat (Vol 1), pada 4 Mei 2024 di Plenary Hall, Kuala Lumpur.
Konsert yang dibawakan khas oleh Arena Muzik dan ICON Entertainment melihat Trio Terhebat sebagai idea dan gabungan baik yang belum pernah dilakukan dalam persembahan sebelum ini.
Once Mekel akan menghiburkan peminat menerusi lagu-lagu seperti Dealova, Hilang Naluri, Kucinta Kau Apa Adanya dan Ditentukan Untuk Bersama.
Dalam pada itu, Marcell pula akan mendendangkan lagu-lagu seperti Semusim, Firasat, Takkan Terganti, Mendendam, Peri Cintaku dan Jangan Pernah Berubah.
Dan semestinya buat yang merindukan Bams melagukan kembali Naluri Lelaki, Kenangan Terindah, Akhir Rasa Ini dan Kisah Tak Sempurna.
Tiket-tiket dengan harga RM268, RM308, RM358, RM358, RM458, RM558 dan RM1388 boleh dibeli dengan melayari www.ticket2u.com.
Pemegang kad kredit Maybank akan menerima potongan harga sebanyak 12 peratus. Manakala pemegang kad debit Maybank pula menerima potongan harga 10 peratus.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Marcell Pukau Penonton Dengan Karisma, Titip Lagu Buat Allahyarham Adibah Noor

gempak
10/12/2022
20:50 MYT
Konsert Marcell Dua Dekade di Zepp KL pada tanggal 9 Disember 2022 menjadi sesuatu yang bermakna.
Laman Utama

12 Tahun Mualaf, Marcell Akhirnya Temui Ketenangan Dalam Islam

gempak
19/10/2022
02:37 MYT
Marcell Akhirnya Temui Ketenangan Dalam Islam
Laman Utama

Ibunda Bams eks Samsons Mau Ceraikan Hotma Sitompul?

gempak
10/04/2021
01:44 MYT
Musik

Masuki Usia 17 Tahun Bermusik, Marcell Siap Gelar Pertunjukan Khusus

gempak
05/08/2019
07:23 MYT
Berita

Tanpa Mereka Siapalah Saya - Marcell

gempak
25/09/2017
12:05 MYT