,
Laman Utama

Trofi FFM25 Syafie Naswip Sudah Sampai Ke Tangan Pembeli Dengan Nilai RM10,000, Netizen Beri Pujian

Azwa Rahman
17/07/2021
13:40 MYT
Pelakon Syafie Naswip meluahkan rasa syukur kepada seorang pemuda dikenali sebagai Abam Peah yang membeli trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM25) dengan nilai RM10,000.
Menurut Syafie atau lebih mesra disapa sebagai Ayie, dia berharap agar dengan usaha ini, dia dapat membantu orang-orang yang mengalami kesukaran berdepan pandemik COVID-19.
“Alhamdulillah syukur terima kasih kepada @abampeahofficial kerana membeli trofi FFM25. Semoga dengan ini saya dapat membantu orang-orang yang memerlukan di luar sana dan semoga dengan hati yang mulia @abampeahofficial ni, Allah kurniakan rezeki melimpah-ruah, umur yang panjang dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.
“Untuk saat dan ketika ini, ramai yang terjejas dari segi kewangan mahupun pekerjaan. Namum beliau samggup mengeluarkan wang sebanyak RM10,000 membeli trofi ini agar dapat bantu mereka yang memerlukan.
“Saya amat mengagumi usaha beliau untuk membantu saya dan mereka di luar sana. Akhir sekali, semoga dapat brtemu empat mata dengan beliau satu hari nanti,” ujar Ayie di laman Instagram miliknya.
Pelakon filem Mukhsin itu turut berkongsi foto pemuda tersebut yang memegang trofi FFM25 yang dibelinya.
Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya memberikan pujian kepada niat murni Ayie dalam usaha meringankan beban golongan yang terjejas pendapatan.
Proud of you Ayie, beautiful heart,” puji pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha.
Alhamdulillah Ayie,” luah pelakon Nadiya Nissa.
Alhamdulillah, semoga Allah naikkan darjat dia dan Ayie di akhirat nanti sebab niat ikhlas membantu orang yang memerlukan,” doa seorang wargamaya.
Kerja mulia akan dibalas yang di Atas. Amin, semoga dipermudahkan,” kata seorang wargamaya.
Terbaik bro, semoga Allah murahkan rezeki,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 5,000 tanda suka daripada wargamaya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: Keluarga Vijaya Lakshmi Terima Sumbangan Ihsan RM30,000

gempak
06/09/2024
09:25 MYT
Keluarga G Vijaya Lakshmi, rakyat India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Masjid India, Kuala Lumpur dua minggu lalu menerima sumbangan ihsan RM30,000 daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum berlepas ke tanah air mereka pada 1 September lalu.
Viral

Beg Jenama Mewah Harga Lebih RM20,000 Lee Zii Jia Raih Perhatian Wargamaya! - "Siap Ada Custom Made Nama"

gempak
07/08/2024
09:32 MYT
Satu keping foto memaparkan pemain badminton perseorangan, Lee Zii Jia bergambar bersama pegawai perubatan, Jass Khuzairi mendapat perhatian ramai.
Hiburan

Armani Entertainment Saman Michael Ang, Minta Pulangkan Semula RM500,000

gempak
24/07/2024
08:30 MYT
Syarikat pengurusan Armani Entertainment Sdn Bhd memfailkan saman terhadap pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang.
Viral

Rumah Kieda Crepe Dipecah Masuk, Barang Kemas Bernilai RM800,000 Lesap

gempak
03/06/2024
09:00 MYT
Seorang usahawan pencuci mulut mengalami kerugian RM800,000 apabila rumahnya di Kepala Batas dipecah masuk penjenayah pada April lalu.
Viral

Guru Ini Berhabis RM2,000 Duit Bonus Buat Hias Kelas, Netizen Puji - “Wow Nampak Cantik & Cool!

gempak
06/03/2024
02:00 MYT
Seorang guru dipercayai telah berbelanja sebanyak RM2,000 wang bonus yang diterima demi mengubahsuai kelas pelajarnya.