Kawasan Bukit Bintang baru-baru ini dicemari dengan sampah-sarap apabila segelintir pihak mengendahkan kebersihan ketika menyambut perayaan Hari Krismas.

Menerusi hantaran di Platform X, dapat dilihat kawasan tersebut penuh dengan botol-botol minuman dan plastik yang ditinggalkan oleh pengunjung tanpa rasa bersalah.

BERITA TRENDING: Pantai Lahad Datu Penuh Sampah, Netizen Salahkan Warga Asing – “Benda Ni Jadi Sebab Pendatang”

Susulan penularan video itu, ada pula yang mengambil kesempatan menyalahkan warga asing sebagai punca kepada permasalahan berkenaan.

Antara komen yang diterima:

“Mana taknya Bukit Bintang kotor macam ni. Dah kalau B*ngla pun bersepah,”

“Ni kan negara B*ngla.”

Dalam pada itu, sesetengah warganet kurang bersetuju dengan kenyataan yang dibuat dan beranggapan masalah itu berpunca daripada mentaliti ‘sampah’ rakyat Malaysia sendiri.

“B*ngla lah yang nanti cuci buang semua sampah ni. Kenyataan kurang bijak,”

“Cuba tengok video tu? Aku yang ada dekat sana pun takde nampak B*ngla, ni rakyat Malaysia mentaliti sampah!”

Setakat artikel ini ditulis, entri berikut telah mendapat lebih 100,000 tontonan dan 400 tanda suka.

Sumber: Platform X