Viral

"Tuhan Tahu Apa Kita Buat" - King Coco Tampil Pertahan Suami Selepas Kecoh Cerita Ceraikan Madu

gempak
Amri Hassan
26/01/2019
06:40 MYT
Sponsor Banner
"Tuhan Tahu Apa Kita Buat" - King Coco Tampil Pertahan Suami Selepas Kecoh Cerita Ceraikan Madu
Instafamous King Coco tampil mencoretkan nukilan sedih buat suaminya, Kapten Azrin selepas dikecam netizen ekoran menceraikan isteri pertamanya tahun lepas.
BACA: Madu Instafamous King Coco Sah Kena Cerai, Ini Kenyataan Kapten Azrin
Kata King Coco, dia memohon maaf terhadap suaminya kerana gagal mempertahankannya ketika diserang netizen.
"Sayang, maafkan aku jika tempias ini menganggu mu, padahal kau tak pernah melakukan apa apa.
"Kau bersama aku waktu aku tak punya siapa siapa 2 tahun lepas. Kau meneutralkan pemikiran aku sewaktu dihentam kiri dan kanan, kau sumber inspirasi aku.
"Tapi tidak aku skrg, aku tidak dapat mempertahankanmu sewaktu netizen yang rata rata tidak tahu tentang apa yang terjadi tetap menempelak mu, maafkan aku.
Kau masih tersenyum, katakan “takpe sayang, tuhan ada. Tuhan tahu apa kita buat” itu yang masih terungkap dibibir kemas mu," tulis King Coco menerusi Instagramnya.
Malah, King Coco menyifatkan Azrin sebagai seorang lelaki budiman yang sentiasan mendahulukan keluarga berbanding diri sendiri.
"Bagaimana aku tak sayangkan diri kau? Kau seorang yang sangat baik, bapa yang memikirkan tentang keluarga dari diri sendiri. "Itulah sifat mu yang tiada siapa tahu selain aku. Tapi tetap netizen menempelak mu," tambahnya.
King Coco juga tersentuh dengan keikhlasan hati Azrin yang sanggup memperisterikannya ketika berada dalam kesusahan suatu ketika dahulu.
Katanya juga, netizen akan sentiasa mencari kesalahan mereka dan akan menjadikan perkara tersebut sebagai senjata untuk menyerang mereka.
Sayang, maafkan aku jika tempias ini menganggu mu, padahal kau tak pernah melakukan apa apa. Kau bersama aku waktu aku tak punya siapa siapa 2 tahun lepas. Kau meneutralkan pemikiran aku sewaktu dihentam kiri dan kanan, kau sumber inspirasi aku. Tapi tidak aku skrg, aku tidak dapat mempertahankanmu sewaktu netizen yang rata rata tidak tahu tentang apa yang terjadi tetap menempelak mu, maafkan aku. Kau masih tersenyum, katakan “takpe sayang, tuhan ada. Tuhan tahu apa kita buat” itu yang masih terungkap dibibir kemas mu. Bagaimana aku tak sayangkan diri kau? Kau seorang yang sangat baik, bapa yang memikirkan ttg keluarga dari diri sendiri. Itulah sifat mu yang tiada siapa tahu selain aku. Tapi tetap netizen menempelak mu. Kau lah segalanya buat ku selepas tuhan yang maha esa, kau selalu mengingatkan ku tentang jangan berharap pada manusia setiasa berharap pada Allah swt, sewaktu aku hampir merasa dunia ni gelap kau yang hulurkan tangan seikhlasnya untuk mengambil aku sebgai isteri walau ditentang oleh org sekeliling, kau tetap ada dibelakang aku. Sayang, tiada siapa mahu melihat kita jika kita melakukan kebaikan, tetapi jika kita melakukan sesuatu yang tidak menjadi kesukaan mereka disitu lah mereka mencari bahan untuk melabelkanmu. Sayang semoga kau dan aku terus kuat, atas segala dugaan mendatang. Semoga kita terus istiqamah. Semoga Allah swt sentiasa berpihak pada kita, aku doakan kau setiap kali aku meratap dihadapan tuhanku, . Semoga aku dan suamiku sentiasa kuat Ya Allah. Hanya kau yang tahu apa yang kami tidak ketahui. Aku maafkan kalian.
A post shared by KING COCO ? (@k1ngcoco_1) on
Dalam catatan sama, King Coco mendoakan suaminya agar terus kuat dan istiqamah.
Baru-baru ini, Azrin mendedahkan telah menceraikan isteri pertamanya Nor Azura Usman pada Oktober 2018.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024