Laman Utama

Tuju Kongsi Nama Anak, Mengaku Loca B Sudah Bersalin & Sedang Berpantang Di Rumah

gempak
Fiza Kamarudin
24/11/2020
14:50 MYT
Sponsor Banner
Tuju Kongsi Nama Anak, Mengaku Loca B Sudah Bersalin & Sedang Berpantang Di Rumah
Penyanyi rap popular, Tuju berkongsi nama anak sulungnya bersama Loca B, menerusi siaran langsung MeleTop sebentar tadi (Selasa).
Menerusi pendedahan ekslusif tersebut, Tuju memberitahu dia dan isteri memilih untuk menamakan bayi lelaki mereka sebagai Bintang Aiko.
“Nama baby saya Bintang Aiko,” jawabnya ketika ditanya Nabil.
Dalam pada itu, Tuju berkata anak dan isterinya kini berada dalam keadaan sihat serta Loca B sedang berpantang.
“Alhamdulillah, bayi berada dalam keadaan sihat. Isteri juga sedang berpantang sekarang di rumah,” kata Tuju menjawab soalan hos jemputan Uyaina Arshad.
Bagaimanapun katanya, dia tidak dapat bersama isteri dan anaknya buat masa ini kerana sedang menjalani kuarantin kendiri.
“Walaupun ujian calit pertama negatif, tetapi saya masih perlu kuarantin selama 14 hari sebelum menjalani satu lagi ujian nanti,” katanya.
Pada Oktober lalu anggota kumpulan K-Clique itu mengakui sudah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi rap Loca B namun memilih untuk tidak berkongsi tarikh perkahwinan mereka.
Jelas Tuju, dia lebih selesa untuk menyimpan serta mendiamkan diri daripada bercakap mengenai hal peribadi.
[[BACA: "Sudah Lama Berkahwin Tetapi Bila Tarikhnya ..." - Tuju Selesa Simpan Hal Peribadi]]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024