Laman Utama

Tular Guru Gunting Rambut Pelajar Yang Panjang, Rupa-Rupanya Termaktub Undang-Undang Sekolah?

gempak
Syafiqah Jalal
05/06/2022
09:53 MYT
Sponsor Banner
Tular Guru Gunting Rambut Pelajar Yang Panjang, Rupa-Rupanya Termaktub Undang-Undang Sekolah?
Seorang guru yang juga aktivis sosial, Mohd Fadli Salleh menegur komen orang awam berhubung isu tular guru menggunting rambut pelajar sekolah.
Ujar Mohd Fadli, perkara tersebut telah termaktub dalam undang-undang sekolah dan pelajar sekolah termasuk ibu bapa perlu akur dengan peraturan yang telah ditetapkan.
“Ikut sahaja lah peraturan itu. Dah susah sangat ikut peraturan, kumpul duit banyak-banyak hantar anak sekolah swasta yang bayaran RM60,000 setahun.
“Sekolah swasta pun masih ada undang-undang. Atau lebih baik ‘homeschooling’ (mengajar di rumah) saja anak jika nak manjakan sangat anak itu,” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya pada Sabtu.
Sebelum ini, sebuah video tular membabitkan tindakan seorang guru yang memotong rambut pelajar sebagai hukuman kerana rambut terlalu panjang.
Perkongsian video tersebut mendapat komen pengguna yang dipercayai seorang guru yang mempertikaikan tindakan tersebut.
Pengguna itu juga mencadangkan supaya sekolah memanggil tukang gunting untuk menggunting rambut pelajar.
Mengulas lanjut, Mohd Fadli berkata, tidak ada sebab untuk sekolah memanggil tukang gunting semata-mata untuk menggunting rambut pelajar.
“Apa benda anak kau rambut panjang, cikgu yang kena panggil tukang gunting ke sekolah? Kau ingat anak kau siapa? Anak raja?
“Dah tu kau tak reti nak bawa anak ke kedai gunting? Atau kau la panggil tukang gunting datang rumah potong rambut anak kau dah kau spesis manjakan anak sangat,” ujarnya.
Selain itu, Mohd Fadli turut memberi contoh analogi yang mengaitkan perkara tersebut dengan kesalahan melanggar peraturan jalan raya.
“Analogi mudah. Kau pakai kereta tak patuh undang-undang. Tinted gelap, sport rim lagi, ubah suai melampau, ‘road tax’ (cukai jalan) pun mati.
“Bila kena tahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), boleh tak kau suruh pegawai JPJ tu panggil tukang kedai aksesori kenderaan buang balik ‘tinted’, tukar balik sport rim, panggil pomen suruh ubah balik kereta tu jadi standard. Boleh ke tak?” soalnya
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live