HIBURAN
Tular Seorang Wanita Kongsi Foto Bersama Azlan, Empunya Badan Tampil Perjelas – “Perkara Biasa, Bukan Gambar B*gel”
Vokalis kumpulan Azlan & The Typewriter, Azlan menjelaskan bahawa gambar dirinya bersama seorang wanita yang tular di TikTok baru-baru ini hanyalah sekadar gambar biasa dan bukan membawa maksud lain.
Menurut Azlan, atau nama penuhnya Nor Azlan Rosle Sallehhuddin, dia masih bergelar suami dan sentiasa sedar akan tanggungjawab serta batasannya sebagai ketua dalam keluarga.
“Saya rasa ada yang lagi mesra daripada itu, itu perkara biasa saja.
“Ini hanya satu gambar sahaja, mungkin ada banyak lagi gambar sebegitu. Saya rasa perkara ini tiada apa pun.
“Perkara kecil, bukannya gambar bogel,” katanya kepada Gempak.
Azlan ditemui pada majlis Raya Bersama Indigital Music & FYP Media di LMP Events, Petaling Jaya, semalam.
Jelas Azlan lagi, dia menemui pelbagai individu ketikanya bertugas dan menyifatkan gambar itu bukanlah isu yang besar.
“Tidak (berhubungan dengan seseorang atau teman istimewa).
“Saya ini kadang-kadang ada tugas malam jadi orang sekeliling saya juga begitu.
“Jadi saya rasa tiada isu sangat pun, sangat biasa,” jelasnya lagi.
Tambah pelantun lagu hist Jangan Khianati Aku itu, dia juga tidak melarang atau mengehadkan tindakan sesiapa untuk memuat naik gambarnya.
“Terpulanglah pada mereka kalau hendak kongsi atau tidak, yang penting saya tahu tanggungjawab saya dengan keluarga,” tutupnya.
Terdahulu, ada seorang wanita memuat naik gambar Azlan bersamanya, bagaimanapun gambar yang memperlihat Azlan memegang pinggang wanita yang mengenakan skirt berona putih itu dipadam tidak lama kemudian.
Must-Watch Video