Laman Utama

Tular Video Berpelukan Dengan Lelaki, Netizen ‘Petik’ Nama Qistina Raisah; “Saya Masih Ada Mak Ayah Yang…”

gempak
Asyikin Mayudin
19/09/2022
09:57 MYT
Sponsor Banner
Tular Video Berpelukan Dengan Lelaki, Netizen ‘Petik’ Nama Qistina Raisah; “Saya Masih Ada Mak Ayah Yang…”
Pelakon remaja, Nur Qistina Raisah tampil bersuara mengenai video seorang perempuan sedang berpelukan dengan lelaki di khalayak umum yang tular baru-baru ini.
Biarpun dalam video tidak kelihatan wajah individu terbabit, namun ada netizen ‘memetik nama pelakon berusia 13 tahun itu.
Qistina menafikan sekerasnya individu yang bermesra itu bukan dirinya dan dia tidak pasti tujuan pemilik rakaman itu memuat naik video berkenaan di media sosial.
"Saya nak jelaskan saya tidak kenal siapa individu dalam video itu malah pemilik rakaman itu juga saya tidak tahu apa motif dia memuat naik video berkenaan.. Tapi itu bukan saya!
"Saya tampil membuat penjelasan ini kerana ada komen mengatakan 'adakah ini budak yang lupa password telefon', yang itu memang saya.. Tapi dalam video itu bukan saya.
Menurut pemilik nama Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri, ibunya sentiasa menemaninya ke mana saja termasuklah berjumpa dengan teman lelakinya.
"Saya kalau pergi mana-mana, mesti ada mak sekali. Anda jangan risau fasal saya.. Kalau satu hari nanti ternampak saya pun jangan bimbang sebab saya pandai jaga diri.
"Saya masih ada mak dan ayah, anda hanya perlu jaga tepi kain sendiri. Kalau orang nampak saya pergi 'dating' ke, mesti ada mak saya sekali.
Tegas pelakon drama Papa Ricky, dia menasihati pemilik video terbabit untuk berhenti menyebarkan fitnah yang tidak mendatangkan faedah.
"Untuk pemilik video yang sebar dan sesiapa yang komen, jangan buat fitnah kerana takut orang lain yang baca akan mempercayainya dan menyebarkan kepada orang lain.
"Saya tidak mahu ia menjadi fitnah sebab kita tidak tahu siapa sebenarnya individu dalam video tersebut.
@qqistinaraisah
♬ original sound - ??
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live