HIBURAN

Tular Video Main ‘Pickleball’, Netizen Mula Buat Spekulasi Hubungan Niezam Zaidi & Fify Azmi - “Rasanya Mereka Dah…”

Asyikin Mayudin 29/06/2025 | 23:55 MYT
Tular sebuah video di platform TikTok memperlihatkan pelakon Niezam Zaidi dipercayai bermain sukan ‘pickleball’ bersama bekas kekasihnya yang juga aktres Fify Azmi.

Main pickleball bersama

Menerusi perkongsian itu, Niezam bersama Fify bermain sukan itu bersama rakan-rakan mereka baru-baru ini.

“Wah Niezam Zaidi dengan Fify Azmi pickelball bersama,” tulis di kapsyen perkongsian itu.

Rata-rata netizen mula membuat spekulasi dengan mendakwa pasangan itu sudah kembali bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan Bersama Fify Azmi Sudah Berakhir, Ini Respon Niezam Zaidi

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan Dengan Niezam Zaidi Dalam Fasa Serius, Fify Azmi Tak Nak Bercinta Lama - “Kita Memang Ada Perancangan Untuk…”

ARTIKEL BERKAITAN: Nafiez Zaidi Enggan Ambil Tahu Kisah Cinta Fify Azmi, Hanya Doa Yang Baik Buat Bekas Kekasih - “Kami Memang Sudah…”

Malah, ada juga mengaitkan dengan kenyataan Niezam yang enggan mengulas mengenai hubungan mereka menerusi temu bual eksklusif bersama Gempak baru-baru ini.

“Rasa-rasanya mereka dah kembali bersama.

“Patutlah ‘no comment’. All the best for him anywany,” komen netizen.

Bagaimanapun tiada sebarang pengesahan mengenai hubungan terkini Niezam dan Fify.

Status hubungan Niezam dan Fify mula menjadi perhatian selepas aktres itu mengakui mereka sudah tidak lagi mempunyai hubungan istimewa.

Ketika ditemu bual dengan Gempak, Niezam bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai kenyataan Fify mahupun berkenaan hubungan mereka.

Sebelum ini, Fify dan Niezam dikhabarkan sedang hangat bercinta bahkan didakwa sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga.

undefined
#pelakon #Cinta #Bekas Kekasih #Fify Azmi #Hubungan #Niezam Zaidi