Viral
Tular Video Seller Pakaian ‘Meroyan’ Gara-Gara Terima Soalan Daripada Peminat K-Pop - “Sudahlah Tak Cantik…”
Tular sebuah video pendek di laman sosial yang memperlihatkan seorang peniaga atau seller pakaian di laman web e-dagang mendiskriminasi peminat K-pop gara-gara memakai gambar profil idola kegemarannya.
Diskriminasi peminat Kpop
Menerusi platform X baru-baru ini, individu tersebut meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan peniaga itu terhadap peminat K-pop.
Jelasnya, dia hanya meninggalkan komen untuk bertanya mengenai baju yang dijual namun reaksi yang ditunjukkan oleh seller membuatkan individu terkejut kerana tidak pernah berdepan situasi sebegitu sebelum ini.
“Ini pertama kali saya jumpa seller meroyan siap cakap ‘saya tak suka orang (minat) K-pop, sudah tidak cantik’. Selalunya, kalau saya masuk live walaupun guna gambar profil K-pop idol mereka akan layan elok sahaja.
“Siap sebut nama TikTok, tiada pula seller cakap budak Kpop jangan beli sini,” tulisnya.
Hina wajah
Dalam video pendek itu, seller itu menegaskan dia tidak mahu untuk menjawab pertanyaan daripada individu itu yang didakwa tidak memiliki rupa paras yang menarik kerana memakai gambar profil K-pop.
“Tak naklah jawab pertanyaan kakak ni. Saya tak suka orang K-pop. Ingat saya tiada kuasa? Saya ada kuasa veto (untuk mute). Sudahlah tak cantik. Kenapa ada orang (minat) K-pop komen?” katanya.
Klip pendek itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen di mana rata-rata menyatakan seller tersebut tidak sepatutnya menghakimi orang yang tidak dikenali.
Must-Watch Video