Bintang filem Spiderman, Tom Holland membuat keputusan untuk berhenti menggunakan Instagram.

Memetik laporan NME, Tom akui terlalu memikirkan apa yang berlaku di Instagram berbanding kehidupan sebenar.

"Instagram telah menguasai hidup saya sehingga saya obses dengannya, saya selalu memikirkan berapa jumlah 'likes' yang diperlolehi dan apa yang orang ramai cakap tentang gambar saya.

"Dari situ, saya sedar saya terlalu fokus pada apa yang berlaku di Instagram berbanding kehidupan sebenar," katanya dalam satu kenyataan.



Tambah Tom, sekarang adalah masa yang sesuai untuk dia menumpukan sepenuh perhatian terhadap kehidupan sebenar.

"Sekarang saya sudah membuat keputusan, saya mahu fokus dengan kehidupan dan apa yang akan berlaku di masa akan datang.

"Saya lakukan perkara ini untuk diri sendiri, ia mampu menggembirakan saya," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Tom bakal muncul dalam filem terbaru lakonannya iaitu Onward.

Filem tersebut akan menemui penonton sekitar Mac tahun ini.

Sumber : NME