Sungguhpun kampung halamannya terletak di Terengganu, namun, pelakon Zalif Sidek memilih untuk menyambut hari raya di Perlis pada tahun ini.
Hal ini kerana, ibunya yang tersayang mengidam untuk merasai suasana berhari raya di utara Semenanjung selepas melihat lokasi-lokasi menarik di Instagram.
“Ketika majlis perkahwinan saya yang berlangsung Februari lalu, ibu saya sudah bertemu keluarga di sebelah Terengganu dan juga Pahang. Jadi, ibu meminta untuk beraya di Perlis, kerana dia teringin merasai suasana beraya di utara.
“Semuanya berlaku gara-gara ibu melihat posting di Instagram yang mempamerkan pemandang menarik sekitar Perlis. Mungkin sebab itu ibu teruja untuk beraya di sana,” katanya kepada Gempak.
Zalif berkata, dia sudah menempah inap desa lebih awal dan kebetulan adik iparnya juga tinggal di Perlis.
“Saya dah tempah homestay dan akan beraya bersama ibu, isteri serta keluarga. Kebetulan, adik ipar tinggal di Perlis. Bolehlah dia bawa kami ke tempat-tempat menarik sekitar sana.
“Kalau tiada apa-apa halangan, saya dan isteri akan berbulan madu di Langkawi selepas ini. Maklumlah, selepas mendirikan rumah tangga jadual masing-masing padat. Jadi, kami curi masa untuk bercuti,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain Zalif kini muncul dalam sebuah filem berjudul Bunga Dan Kayu.
Filem ini mengisahkan tentang Noah (lakonan MK K-Clique) seorang selebriti terkenal tanah air sengaja memilih Bunga (Azira Shafinaz) sebagai kekasihnya atas sebab tertentu dan tidak munasabah.
Sikap Noah menjadi lebih tidak terkawal apabila mendapat tahu gadis yang baru dikenalinya, Bunga menyimpan impian untuk menjadi seorang pelakon. Oleh sebab itu, Noah telah menawarkan peluang kepada Bunga yang bakal mengundang 1,001 bencana, bukan hanya pada Bunga tetapi Noah juga.
Selain MK, Azira dan Zalif, Bunga Dan Kayu juga membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Azad Jasmin, Kazar, Elly Arifin dan Yazmin Aziz.
Bunga Dan Kayu bakal temui penonton Syawal ini iaitu bermula 3 Mei 2022, Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480.
Izwan Isa
Thu May 05 2022


Azhan Rani Mohon Maaf Tersilap Balas Komen Peminat - “Tiada Langsung Sekelumit Niat Untuk Mempersenda”
Azhan tak sengaja la...

Umur 92 Tahun, Rupert Murdoch Bakal Kahwin Kali Kelima
Kalau dah jodoh kan.

Mafia Ugut, Mengaku Hidup Didedikasikan Untuk Bunuh Salman Khan
Takutnya, semoga Salman dilindungi.

“Pihak Sana Masih Dalam Siasatan Atas Kesalahan Persetubuhan Luar Nikah” - Puteri Sarah
Puteri Sarah jawab dakwaan Syamsul.

Syamsul Yusof Dakwa Puteri Sarah Curang Dengan Bekas Kekasih Berstatus Suami Orang
Syamsul failkan permohonan nusyuz.

Ucapan Pertama Bruce Willis Selepas Didiagnos Nyanyuk
Semoga semuanya baik-baik sahaja.

"Boleh Jumpa Anak, Cuma Jangan Jumpa Saya" - Nurul Shuhada
Doakan terbaik

“Saya bangga, Tak Kisah Nak Panggil Ayam” – Naim Daniel Ucap Terima Kasih, Watak Dalam High Council Dihargai
Naim Daniel jadi Ayam memang best!

“Semalam Sekolah, Hari Ini Nikah” - Remaja Perempuan Bergelar Isteri Sehari Selepas Tamat SPM
Jodoh awal

Lapangan Terbang Huru Hara, Penumpang Bawa Pulang Siput Ba*i Gergasi Untuk Dimakan
Aduh nervous betul bila jadi macam ni.