Skip to main content

Filem

TuneBoss lancar ECU baru untuk Yamaha R15, Nmax, Honda CBR250R dan CRF250

tuneboss-ecu-01.jpg

Pemilik Yamaha R15, Nmax, Honda CBR250R dan CRF250 yang mahu meningkatkan prestasi jentera masing-masing boleh menggunakan Unit Kawalan Elektronik (ECU) baharu yang dikeluarkan oleh TuneBoss.

Bagaimanapun, anda perlu bersabar kerana ECU TuneBoss baharu itu akan memasuki pasaran pada tahun hadapan dan harganya masih lagi belum diumumkan oleh syarikat berkenaan.

Malah, TuneBoss bercadang akan mengeluarkan ECU bagi model lain dalam masa akan datang sekali gus meluaskan rangkaian produknya.

TuneBoss juga melancarkan quickshifter kit atau ShiftBoss baru untuk model Yamaha R25 dan Honda RS150R.

Kit baru itu menggunakan sensor ‘bebanan’ untuk pengaktifan yang lebih tepat dan rasa penukaran yang lebih positif yang dijual antara RM600 sehingga RM800.

Buat pertama kali bagi pasaran Malaysia, TuneBoss menawarkan kit penyejuk yang menggunakan pam air elektrik iaitu Kit CoolBoss.

Ia berfungsi dengan menggunakan algoritma pintar yang bukan sahaja mengawal kelajuan aliran penyejuk, tetapi menghidup dan mematikan pam mengikut beban enjin serta keperluan penyejukan.

Penyejukan yang lebih efisien ini memanjangkan jangka hayat enjin dan juga minyak pelincir enjin. Kit itu hanya akan dijual awal tahun depan bagi Yamaha R25.

Sementara itu, TuneBoss menawarkan Kit Bahan APi Perlumbaan yang termasuk tangki, pam, saluran dan penyuntik yang dibangunkan khusus untuk motosikal drag terbuka.

Ia mempunyai tangki keluli tahan karat berkapasiti tiga liter dan dilengkapi dengan rawatan khas untuk menahan kikisan dari penggunaan bahan api lumba seperti bahan api Elixir Powered atau E85.

Paling penting, semua komponen itu sudah diuji di Litar Antarabangsa Sepang, perlumbaan drag dan juga di jalan raya sebelum pengeluaran.

Advertisement