Tiga tahun menghilang, juara Akademi Fantasia musim ke-8, Shahir Zawawi mengakui berat badannya naik mendadak kerana dia tidak muncul di kaca televisyen.
Sebelum bersedia untuk kembali ke bidang hiburan, Shahir berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram.
“Waktu saya berehat dari bidang seni selama tiga tahun untuk menguruskan perniagaan, berat saya pernah mencecah sehingga 90 kilogram.
“Berat badan saya naik kerana saya sudah lagi tidak muncul di kaca televisyen dan aktif dalam bidang nyanyian seperti dahulu.
“Saya akui, saya bergelut untuk menurunkan berat badan. Saya berusaha bersungguh-sungguh mengawal pemakanan dan bersenam,” Shahir kepada Astro Gempak.
Sedang berkawan rapat dengan aktres dan penyanyi jelita Erra Fazira, Shahir mengakui penyanyi lagu Yang Terindah Hanya Sementara itu sering memberikan galakan untuknya dalam mengurangkan berat badan.
“Erra Fazira merupakan antara insan yang banyak memberikan galakan dan dorongan kepada saya sepanjang proses untuk mngurangkan berat badan.
“Alhamdulillah, berat badan saya kini sudah turun sebanyak 20 kilogram. Saya sudah bersedia untuk kembali ke arena seni dan saya berharap agar peminat dapat mendoakan yang baik-baik untuk saya,” katanya lagi.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Kamaruddin Razal
Tue May 23 2017


Dibandingkan Dengan Nabila Razali, Keisya Levronka Jawab: “Saya Pilih Untuk Bangkit”
Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing kan.

“Dah Lain Bila Kurus, Macam Barbie” - Zizie Izette Jadi Hot Topik, Makin Lama Makin Cantik
Macam mana nak cantik macam Zizie ni, lawa betul.

Ira Kazar Dipanggil Jawi?
Ira Kazar dipanggil ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kuala Lumpur pada Khamis.

“Baik Tengok Jom Heboh..” - Beli Tiket RM500, Peminat Kecewa Pentas Konsert Billie Eilish Jauh Dari Tempat Duduk
Macam tengok bola.

“Kami Dah Tak Tahan Lagi..” - Suami Isteri Saman Ayam Jantan Jiran Berkokok 200 Kali Sehari
Hidup berjiran kena saling hormat.

Bipasha Basu Bakal Jadi Ibu Selepas Enam Tahun Berkahwin
Bipasha Basu menyampaikan berita gembira apabila mengumumkan dirinya hamil anak pertama hasil perkahwinan dengan suaminya, Karan Singh Grover.

Maaf Elon Musk Tak Berminat Beli Manchester United
Khabar manusia paling kaya di dunia, Elon Musk mahu membeli salah satu pasukan bola sepak paling sensasi, Manchester United menjadi berita hangat sejak semalam.
![[VIDEO] Saya Suka Berhalusinasi - Mafarikha [VIDEO] Saya Suka Berhalusinasi - Mafarikha](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/nov/mafarikha_header.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] "Saya Suka Berhalusinasi" - Mafarikha
Selepas viral dengan lagu remake Zaiton Sameon, Kabut Serangkai Mawar, penyanyi Mafarikha muncul dengan single ketujuh berjudul Angin.

Giliran Maliq & D’Essentials Pula Bikin Konsert Di Dewan Filharmonik Petronas Oktober Ini!
Selepas kejayaan Fabulous Friday: Wings dan Fabulous Friday: Kunto Aji, pihak penganjur iaitu Shiraz Projects sekali lagi merasakan Maliq & D’ Essentials akan memberikan impak yang sama.
_4.png?ext=.png)
“Nak Tunggu Saya Mati Ke?” - Aliff Syukri Kesal Bakat Tidak Dihargai
Aliff Syukri tidak dihargai