Pelakon Shukri Yahaya selamat menyambut kelahiran anak keduanya sebentar tadi.

Menurut Shukri, 32, isterinya, Tya Adnan selamat bersalin bayi lelakinya pada pukul 2.18 petang di sebuah pusat perubatan.

"Alhamdulillah, hari ini, Isnin 20/7/20, jam 2.18 petang, lahirlah adik lelaki @aairaameena.

"Terima kasih pada uncles dan aunties yang dooakan untuk kesihatan, keselamatan mommy @tyaadnan dan baby yang baru lahir ni.

"Harap Allah akan balas beribu lagi kebaikan pada semua yang mendoakan, Amin," tulisnya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam posting tersebut, Shukri turut berkongsi sebuah video dirinya bersama bayi yang baru lahir.

Alhamdulillah, harini Isnin 20/7/20, jam 2.18pm lahirlah adik lelaki @aairaameena . Tq pada Uncles & Unties yang doa untuk kesihatan, keselamatan Mommy @tyaadnan and newborn baby ni, Harap allah akan balas beribu lagi kebaikan pada semua yg mendoakan, amin.. ??‍?‍?‍?

A post shared by ?????? ?????? (@shukriyahaya) on


Di ruangan komen, rata-rata mengucapkan ucapan tahniah atas kehadiran cahaya mata baru.

Sebelum ini, Shukri mendedahkan bahawa dia dan isteri teruja untuk menyambut kelahiran anak kedua mereka.

BACA: Tak Sabar Nak Sambut Hero, Shukri Yahaya Sudah Ready Nama Anak

Shukri yang mendirikan rumah tangga bersama Tya Adnan pada 2015.

Hasil perkongsian hidup pasangan itu telah dikurniakan seorang anak perempuan, Aaira Ameena, 4.