Pelakon dan selebriti Tya Arifin merancang untuk pulang ke negara kelahirannya, Indonesia bagi mengembangkan lagi perniagaan diusahakan di sana.
Tya, 28, atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari berkata, keputusan dibuat bukan saja untuk masa depan perniagaan tapi juga mahu membantu membina kehidupan masyarakat di sana.
"Jika mahu berjaya dalam apa juga bidang termasuk perniagaan, kadang ada perkara kita perlu berkorban. Doakan semoga perancangan saya melalui perniagaan jamu Mutyara di Indonesia berjalan lancar.
"Insya-Allah, perancangan ini kita akan mulakan awal tahun depan. Memandangkan saya pun ada keluarga di sini, jadi buat sementara waktu akan ulang alik dahulu. Ini lah pengorbanan yang perlu saya dan suami lakukan.
"Alhamdulillah, sepanjang perniagaan ini diusahakan kami berjaya membantu 40,000 wanita untuk mendapat peluang berniaga bersama saya. Malah, ada yang memperolehi sasaran lebih dari RM1 juta selain kebanyakan daripada mereka sudah mendapat impiannya.
"Jadi, saya mahu membawa aura dan semangat sama ke Indonesia. Sudah tentu saya juga ingin lihat wanita di sana berjaya menggapai impian mereka. Diharap dengan adanya peluang yang bakal dibawa oleh Mutyara memberikan sesuatu yang bermanfaat untuk semua pihak," katanya.
Menurut Tya juga isteri kepada usahawan Asyraf Khalid, perjalanannya sebagai usahawan dengan perniagaan yang dibina sejak 2018 itu turut berdepan cabaran tersendiri.
"Sepanjang empat tahun membina perniagaan jamu Mutyara ini di sini, diakui proses dan laluan tidak mudah. Pelbagai cabaran dan dugaan ditempuh. Mana ada orang terus berjaya. Cuma, kita kena sentiasa berusaha dan yakin akan rezeki Allah SWT.
"Alhamdulillah, berkat sokongan suami, keluarga dan keluarga mentua jenama yang dibina kian dikenali dan semoga ia akan terus kukuh. Sudah semestinya saya berharap perkara sama apabila Mutyara menjengah pasaran Indonesia nanti," katanya.
Untuk rekod, produk berkonsepkan jamu dan tradisional yang menggunakan resipi turun temurun keluarga Tya dari Indonesia itu turut dipasarkan di Singapura, Brunei dan Australia.
Keistimewaannya juga, Mutyara diolah daripada bahan-bahan alami dan makanan sunnah dengan rasanya lebih sedap dan senang diminum oleh wanita Nusantara.
Amri Hassan
Thu Jun 30 2022


Mangsa Dakwa Lakukan S*ks Dengan R. Kelly Ratusan Kali Seawal Usia 15 Tahun
Penyanyi R. Kelly kini menjalani kes mahkamah buat kali kedua atas tuduhan melakukan pornografi kanak kanak dan beberapa kes lain berkaitan seksual.

Isteri Selamat Dibedah, Ramai Doakan Achey – “Semoga Dipermudahkan Semuanya”
Semoga dipermudahkan semuanya.

Sooka Original Series Ini Buat Rindu Zaman Sekolah, Ini Perangai Karakter Drama Kau Vs Aku
Drama Original siri sooka berjudul Kau Vs Aku merupakan adaptasi webnovel Wattpad karya Nurul Husnina Mockthar.

“Berhijab Tak Semestinya Tak Boleh Berfesyen” - Cantiknya Penampilan Ummi Nazeera & Abang Di KLFW!
Adik-beradik fesyen!

Terlepas Konsert Billie Eilish, Nabil Rugi Lima Tiket Bernilai RM2,540 - “Memang Allah Tak Izin..”
Takde rezeki.

'Alat Muzik Lama' Didakwa Punca 25 Pelajar Sekolah Diserang Histeria
Semoga dipermudahkan.

Duit & Kerja Tak Ada, Amber Heard Ditawar Berlakon Filem Porno?
Nama Amber Heard dan Johnny Depp memang mendominasi ‘carta’ pemberitaan dari serata dunia sepanjang tahun ini.

Gara Gara Suntik Silikon Di Salon, Pelawak Ini Dipanggil Nenek Sihir
Pelakon dan pelawak veteran Indonesia, Mpok Atiek memang tidak pernah menyembunyikan fakta dirinya melakukan suntikan silikon pada wajah untuk kelihatan cantik.

Tiket Konsert Simfoni Mustika M Nasir 'Sold Out' Dalam 40 Minit!
Tiket konsert Simfoni Mustika M Nasir dan Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) yang dijadualkan pada 26 November nanti habis dijual dalam masa 40 minit sebaik dibuka pada pukul 10 pagi Jumaat.
_2.png?ext=.png)
“Sebagai Penyanyi Nombor Satu Malaysia, Saya Rasa Saya Layak” – Aliff Syukri Impi Duet Bersama Siti Nurhaliza
Aliff Syukri lancar lagu baru lagi ke