Masih ingat tak kepada kumpulan Tyco yang muncul sebagai artis animasi 3D pertama di Malaysia pada 20 tahun lalu?
Tyco turut mencipta sejarah tersendiri dalam industri hiburan tempatan apabila mendapat pengiktirafan daripada organisasi Malaysia Book of Records (MBR).
Mula melangkah masuk ke industri hiburan tempatan pada tahun 2000, trio kartun dianggotai Tylo, Yiko dan Psylo itu kembali dengan identiti baharu yang ditampilkan secara fizikal.
Tyco muncul buat pertama kali secara fizikal pada tahun 2020 menerusi lagu Salawat 1442 nyanyian bersama Datuk Ustaz Kazim Elias dan Tuju K-Clique.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Entertainment, Datuk Norman Abdul Halim berkata beberapa faktor telah diambil kira sebelum kembalikan Tyco ke DNA asal.
Malah, beliau yang juga pengurus Tyco membuat keputusan untuk tampil di dunia realiti dengan mengenakan topeng muka.
"Sedia maklum, modal penerbitan animasi bukannya murah kerana memerlukan kos biaya yang tinggi.
"Bahkan masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu karya seperti itu juga bukan sekejap, memang lama berbanding naskhah sebenar.
"Jadi, mengambil kira faktor-faktor tersebut, saya selaku pengurus Tyco membuat keputusan untuk tampil di dunia realiti dengan mengenakan topeng muka.
"Apatah lagi dalam keadaan negara dilanda pandemik, rakyat telah membudayakan pemakain face mask (topeng muka) dan penampilan baharu Tyco ini amat sesuai dengan situasi semasa," katanya.
Bagaimanapun menurut Norman, tidak semestinya penampilan Tyco tidak akan kembali semula kepada bentuk asal (3D) biarpun kini berimej baharu.
“Tyco boleh jadi dua bentuk sekarang. Bentuk fizikal dan animasi. Itu salah satu kelebihan yang Tyco ada,” katanya.
Perkembangan terkini, Tyco muncul dengan single baharu terbitan KRU Music berjudul Rise Up hasil ciptaan Si8 atau Syed Hazriq, manakala lirik ditulis oleh Roman.
Menyentuh tentang Rise Up, kata Norman, single tersebut boleh dianggap sebagai sebuah lagu pemangkin semangat sementelah melihat nasib ramai rakyat Malaysia yang jatuh dilanda pandemik Covid-19.
"Lebih menarik, lagu ini juga menggabungkan tiga penyanyi rap iaitu DJ Fateh dan Roman selain Tyco sendiri," tambahnya.
Video muzik Rise Up boleh ditonton di saluran YouTube milik KRU Music.
Fiza Kamarudin
Wed Dec 15 2021

.jpg?ext=.jpg)
Welcome To The World Talita Love, Raja Ilya Selamat Melahirkan Anak
Tahniah Raja Ilya

“Satu Tong Najis, Share, Tiada Penghadang” - Bebas, Emilia Hanafi Kongsi Pengalaman Perit Dalam Penjara
Semoga dipermudahkan.

Layan Perangai Mak Cik-Mak Cik Lucu, Tiga Janda Melawan Dunia Dah Masuk Astro First!
Layan ulang-ulang sampai puas!

Mystery Ranking Show Malaysia Kapsul - EP7
Jom kita tengok apa persiapan di sebalik tema hari ini, iaitu Siapa paling banyak menang pertandingan seni bela diri! Bukan senang tau nak tipu juri-juri kita yang hebat. Jenuh nak pusing. Jom layan! #MysteryRankingShowMalaysia

Hampir Pengsan, Afgan Kenang Lari Naik Teksi Takut Menyanyi Di Uji Bakat
Nama penyanyi Afgan memang sudah sangat mekar bukan sahaja di negara kelahirannya tetapi juga Malaysia.
![[TAYANGAN PERDANA] Hantu Raya Pergi Perang [TAYANGAN PERDANA] Hantu Raya Pergi Perang](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/360/1976159/thumbnails/29393824241656678001359_640x390.png)
[TAYANGAN PERDANA] Hantu Raya Pergi Perang
Cubaan Kadir Osman (KO) mengambil khidmat hantu raya untuk memenangi hati Manisah – gadis impiannya – secara langsung bakal menentukan nasib kampungnya yang dalam peperangan dengan sebuah syarikat korporasi gergasi yang ingin mengambil tanah kampungnya dengan bantuan Manisah. Nak tahu apa sambungan dia? Korang boleh Saksikan episod penuh Hantu Raya Pergi Perang di aplikasi sooka. Episod pertama PERCUMA. Korang boleh tekan dekat link ni terus! https://links.sooka.my/pKH2YPCEnhRevVit6 Muat turun aplikasi sooka di Apple AppStore dan Google PlayStore atau layari www.sooka.my. Langgan pelan VIP Entertainment pada rm15.90/sebulan
.jpg?ext=.jpg)
“Amirul Tak Datang Rehearsal Ke?”- Netizen Kacau Suami Ain Edruce Buat Tiktok
Ain Edruce suka kacau suami dia
.jpg?ext=.jpg)
"Ini Kemenangan Untuk Ampang, Parti" - Hans Isaac, Pemilihan PKR 2022
Tahniah Dato Hans
.jpg?ext=.jpg)
“Bakal Menjadi Album Of The Year…” – Peminat J-Hope BTS Mula Teruja
Yahooo tak sabar
