Netizen terus menitipkan kata-kata semangat kepada bekas penyampai radio Suria FM, Tyzo Xander yang baru diumumkan pula sebagai hos rasmi KNKV Viral Award 2024.

BERITA TRENDING: Tyzo Sedia Berdamai, Namun Meletakkan Kesalahan Pada Bahu…
BERITA TRENDING: Tyzo Akui Minta Kenaikan Gaji Sebanyak RM500, Tapi Nafi Dakwaan Tak Minat Untuk Terus Bekerja

Selain terus memberikan kata-kata semangat kepada personaliti kegemaran mereka itu, peminat turut mendoakan pintu rezekinya sentiasa terbuka luas.

"Rezeki memang tak salah alamat, memang alamat rumah abang Tyzo. Tahniah! Don't give up, bangkit semula.

"Teruja nak tengok," demikian antara komen yang ditulis pada hantaran terbaharu Tyzo.

A post shared by KNKV GROUP (@knkvgroup)


KNKV Viral Award 2024 menyaksikan persaingan undian peringkat awal didominasi oleh pencipta kandungan dari Sabah, Davidvidz Kumbibi.

Duo anak-beranak itu jauh meninggalkan nama besar lain seperti Ryan Bakery, Pak Mat Western, Datuk Sri Aliff Syukri, Boss james dan Alieff Irfan.

Dalam kiraan semasa yang dikeluarkan baru-baru ini, Davids & Kumbibi mendapat jumlah undian lebih dari 11,000 undian, jauh meninggalkan calon lain dalam kategori yang sama.



KNKV Viral Award 2024 dipersembahkan oleh KNKV Group dan RTM dimana ia merupakan sebuah majlis anugerah berprestij untuk mengiktiraf pempengaruh (Influencer), pencipta kandungan (content creator), platform tular (viral page) dan saluran tular (viral channel) terulung di Malaysia.

Sebanyak 16 kategori dipertandingkan termasuklah Pempengaruh Nasional Terbaik (Best National Influencer), Pencipta Kandungan Nasional Terbaik (Best National Content Creator) dan Platform/Saluran Nasional Terbaik (Best National Viral Page/Channel).

Kesemua calon ketika ini sedang melalui proses undian umum peringkat awal dimana undian berlangsung secara ‘realtime’ di Facebook KNKV Group, Instagram KNKV Studios dan Tiktok KNKV Group.

Undian akan berlangsung sehingga 11 Februari ini dan akan dibuka sehingga 12.00 tengah malam.

“Lima calon peringkat awal yang mendapat jumlah undian tertinggi akan layak ke peringkat akhir sebagai finalis.

“Di peringkat akhir , kesemua finalis akan dinilai sekali lagi oleh barisan juri profesional dan finalis yang mendapat markah tertinggi penjurian akan dinobat sebagai pemenang bagi kategori masing-masing,” kata Group CEO KKNV Group Profesor (Adj) Haji Adam Richman selaku juri penilaian anugerah berkenaan.



Turut sama mengadili anugerah ini ialah Pengerusi FINAS, Datuk Kamil Othman, Rashid Sibir, serta seorang wakil daripada RTM.

Manakala Prof. Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff selaku Penasihat Syariah KNKV Group pula adalah juri bahagian Agama yang akan menilai finalis yang terbabit dalam kategori Agama.

Malam Anugerah KNKV Viral Award 2024 akan disiarkan di RTM TV2 dan akan berlangsung pada 20 Februari ini jam 8 malam bertempat di Zepp Kuala Lumpur selain dihoskan Tyzo Xander.

Maklumat lanjut serta senarai penuh kategori dan calon peringkat awal KNKV Viral Award 2024 boleh didapati di laman sesawang rasmi www.knkvviralaward.com.

KNKV Viral Award 2024 dianjurkan dengan kerjasama KNKV Studios, sebuah anak syarikat KNKV Group yang memfokuskan kepada penerbitan filem dan Eventopedia, sebuah anak syarikat KNKV Group yang menfokuskan kepada penganjuran acara.

KNKV Viral Award 2024 turut mendapat sokongan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak (HWAM) sebagai Rakan Perundangan Rasmi, Dr Amsyar sebagai Penapis Air Rasmi dan Luncai Emas.