Hiburan
Ucapan Sweet Anniversary Zahiril Kepada Shera Aiyob, Sentuh Hati Peminat
Ucapan dan doa yang diberikan pelakon Zahiril Adzim kepada isterinya, Shera Aiyob sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima di laman sosial Instagram telah membuatkan rata-rata peminat tersentuh dan kagum.
Antara isi kandungan ucapan yang ditulis panjang sebanyak lima para itu dilihat Zahiril seolah-olah amat bersyukur kerana dapat menempuhi alam perkahwinan dari susah dan senang bersama isteri tercinta.
Selain itu, dalam ucapannya itu Zahiril turut meminta agar semua peminat dan pengikut laman sosialnya terus mendoakan kebahagiannya kerana dia akui kuasa doa sangat kuat.
Berikut merupakan kapsyen yang dimuat naik Zahiril:
"Happy 5th anniversary @sheraaiyob. 2011 2011. Saat susah dan senang yang hanya kita berdua dan الله sahaja yang tahu, kita redah sama - sama. Semoga kita terus berusaha dan istiqomah dalam mencari redha الله. Amin. Aku tersangat - sangat perlukan doa kalian semua untuk kami sekeluarga. Tak mintak banyak, hanya doa. Mungkin dulu aku rasa doa ini cuma sampingan setelah berusaha, tapi setelah kami diajar dan setelah beberapa kebesaran الله telah aku saksikan, hari ini aku takkan underestimate the power of doa. Trust me, kuasa doa ni real. Yakinlah. Tengok sahaja kalau kita berjumpa orang - orang alim, ustaz - ustaz, di akhir bersembang tu mesti diaorang mintak doakan diaorang. Padahal siapalah kita kalau nak dibandingkan dengan diaorang kan? Jadi sebab itu aku tersangat perlukan doa kalian. Aku juga akan doakan kalian. Andai kalian doakan kami bahagia, maka aku juga akan balas kalian doa kebahagiaan. Andai kalian doakan aku rezeki melimpah ruah, aku balas dengan doa rezeki melimpah ruah untuk kalian. InshaaAllah. Terima kasih banyak, aku baca setiap tulisan kalian, inshaaAllah. Zahiril Adzim,"
Entri berkenaan telah dilimpahi dengan komen yang mengucapkan tahniah serta mendoakan perkahwinan mereka berkekalan hingga akhir hayat.
Berikut merupakan komen-komen yang ditinggalkan peminat di entri tersebut:
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Must-Watch Video