,
Laman Utama

Uchop Ahmad Wakil Malaysia Ke WCOPA 2021 – “Kalaulah Eddy Masih Ada, Mesti Dia Gembira…”

Fiza Kamarudin
27/04/2021
12:42 MYT
Penyanyi yang juga bekas juara juara program Vokal Bukan Sekadar Rupa musim kedua, Uchop Ahmad tidak menyangka akan terpilih mewakili negara di World Championships of Performing Arts 2021 (WCOPA 2021).
Uchop berkata, sebaik sahaja menerima berita tersebut daripada pihak penganjur dia sebak dan menangis.
“Macam tak percaya pun ada. Lepas dapat Whatsapp daripada WCOPA saya menangis. Memang ketika itu saya teringat pada sahabat saya Allahyarham Eddy Malmsteen.
“Saya gembira tapi terkilan sebab Eddy tak ada dengan saya. Tapi apapun saya akan bawa semangat Eddy bersama saya.
“Eddy tahu ini impian saya, impian kami…Tetapi dia ‘pergi’ dulu. Apapun saya tak akan sia-siakan impian yang telah dimakbulkan Allah SWT ini,” katanya.
Tambah Uchop lagi, dia bertambah sedih apabila menerima berita baik tersebut beberapa hari sebelum ulang tahun kelahiran Eddy yang ke-31.
Wan Radzie Wan Othman atau nama panggilannya Eddy Malmsteen bersama kakaknya, Wan Zunira meninggal dunia akibat terkena terkena renjatan elektrik pada 22 Ogos tahun lalu.
Dalam pada itu Uchop berharap agar semua pihak dapat mendoakan kejayaannya di WCOPA 2021 nanti.
“Doakan saya. Saya akan buat yang terbaik dan akan buktikan bakat seni saya,” katanya kepada Gempak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tak Putus Asa, Uchop Ahmad Muncul Dengan Single Baru

gempak
25/02/2019
10:50 MYT
Unitar