Platform media sosial sudah menjadi ‘kewajipan’ buat semua individu di dunia tanpa mengira usia.

BERITA TRENDING: “Saya Akan Fikir Dua, Tiga Kali” – Siti Saleha Berwaspada Sebelum Kongsi Apa-Apa Di Media Sosial

Namun media sosial selalu menimbulkan pro dan kontra terutama apabila sesiapa sahaja boleh mengakses perkara-perkara tidak senonoh dan hal-hal negatif.

Menyifatkan media sosial sebagai ‘ancaman’ buat golongan remaja dan kanak-kanak, Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak dilaporkan bakal menyekat penggunaan media sosial buat rakyatnya yang berusia 16 tahun dan ke bawah.

Tindakan tersebut mahu diambil sebagai langkah menjaga golongan ini daripada terdedah dengan ancaman penggunaan media sosial, lapor The Guardian.

Kerajaan juga dikatakan akan menggubal undang-undang di bawah Akta Keselamatan Atas Talian yang menyaksikan kanak-kanak perlu diawasi daripada mengakses atau terdedah dengan konten bersifat negatif atau berdepan denda.

Bagaimanapun sehingga artikel ini ditulis, jurucakap kerajaan UK tidak memberi pencerahan mengenai isu yang sedang dibicarakan.

PILIHAN PEMBACA: Dilabel Pilih Lelaki Asal Boleh, Sekali Fila Jawab - “Suami Saya Tak Merokok, Fasih Tujuh Bahasa,…