Laman Utama

Umay Shahab Sanggup ‘Botak’ & Hilang 5 Kg Berat Badan Demi Mencuri Raden Saleh

Shahrin Zulkifle
28/09/2022
13:30 MYT
Pelakon filem Mencuri Raden Saleh, Umay Shahab mendedahkan dirinya sengaja memotong pendek rambutnya demi menjayakan watak Gofar yang dibawa dalam filem berkenaan.
Malah, jelas Umay dia lebih selesa dengan gaya potongan rambut yang sedemikian kerana mudah untuk dijaga.
“Saya telah memotong rambut pendek hanya untuk Mencuri Raden Saleh semata-mata.
“Saya selesa dengan keadaan rambut sebegini, lebih mudah untuk dijaga, kepala saya pun ringan.
“Saya tak perlu nak guna wax dan penggunaan shampoo rambut lebih sedikit,” ujarnya kepada Gempak.
Umay berkata demikian ketika sesi temu bual khas yang diadakan secara atas talian bersama barisan pelakon filem berkenaan baru-baru ini.
Tambah jejaka berusia 21 tahun itu lagi, selain memotong rambut pendek, dia juga telah menurunkan berat badannya sebanyak lima kilogram.
“Saya juga telah menurunkan berat badan saya sebanyak lima kilogram, malah ada juga jerawat asli yang sengaja saya biarkan untuk nampakan watak saya sebagai Gofar lebih realistik,” tambahnya.
Sinopsis
Filem Mencuri Raden Saleh mengisahkan tentang enam remaja yang mempunyai kepakaran berbeza (The Painter, The Mastermind, The Brute, The Negotiator, The Handyman, The Driver) bergabung dan merancang untuk merompak sebuah lukisan Raden Saleh atas arahan seorang yang berpengaruh dan berkuasa. Namun, misi mereka dikhianati dan mereka menjadi buruan polis. Justeru, mereka nekad untuk membalas dendam dengan mencuri kembali lukisan Raden Saleh serta membersihkan nama baik mereka.
Saksikan Mencuri Raden Saleh yang kini sedang di tayangkan seluruh pawagam Malaysia dan turut mengikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Watak ‘The Hacker’ Buat Angga Yunanda Minat Belajar Tentang Dunia IT

gempak
03/10/2022
13:00 MYT
Angga Yunanda The Hacker
Laman Utama

Lakonkan Adegan Gaduh Dengan 6 Lelaki Sambil Sarung Tumit Tinggi, Aghniny Haque – “Agak Mencabar”

gempak
01/10/2022
13:00 MYT
Cabaran Aghniny Haque dalam Mencuri Raden Saleh
Laman Utama

“Aku Memang Tak Menyesal Langsung Bayar Tiket…” – Penonton Malaysia Puas Selepas Saksikan Mencuri Raden Saleh

gempak
26/09/2022
13:30 MYT
Penonton Malaysia puas tengok Mencuri Raden Saleh
Laman Utama

Mencari Filem Bergenre Heist Untuk Ditonton? Ini 4 Filem Heist Terbaik Yang Kami Sarankan! No 4 Paling Best!

gempak
24/09/2022
10:00 MYT
Filem-filem heist terbaik
Laman Utama

Angkat Tema Yang Jarang Dibawa, Mencuri Raden Saleh Padam Stigma Masyarakat

gempak
23/09/2022
10:00 MYT
Mencuri Raden Saleh angkat tema jarang dibawa