Gaya Hidup
"Umi Janji Untuk Allahyarham Ashraf... Ianya Sekarang Untuk Bunga Dan Noah " - Dida Sinclair
Kasih seorang ibu sampai ke syurga. Itulah kata-kata yang sering diungkapkan dan itulah yang yang dilakukan oleh Dida Sinclair atau nama sebenarnya Khadijah A Rahman, ibu kepada Allahyarham Ashraf Sinclair.
Dalam satu entri di Instagram miliknya, Dida memuat naik sekeping gambar lukisan yang dilukisnya sendiri buat anaknya Allahyarham Ashraf yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-41 tahun.
"Salaamun, qaulum mir Rabbir Rahiim. And Peace, a word from Allah, most Merciful. Empat puluh satu tahun dulu, Alm Asraf datang dalam hidup kami. Dan sekarang dia sudah kembali kepada Allah Yang Maha Esa. Kami sayangkan Ashraf Umi... Al-Fatihah.
Advertisement
"Setahun yang lalu, Umi dan Daddy ke Jakarta. Tanpa pengetahuan kami, kami ke sana untuk menyambut hari lahir Ashraf yang terakhir," tulis Dida dalam bahasa Inggeris.
Menurut Dida, ketika itu dia berjanji dengan Allahyarham untuk melukiskan gambar 'Money Plant' (pokok duit).
"Umi Promised Alm Ashraf that I would Paint this 'Money Plant' for him. Alhamdulillah it is now for Bunga and Noah," tulis Dida lagi.
Satu Instagram yang ditujukan khas buat Ashraf Sinclair - ashrafsinclair.dlmkenangan turut meninggalkan komen panjang lebar pada entri tersebut.
"MasyaAllah! The painting is so nice Umi. Real sangat! Pokok menghijau yang tumbuh sentiasa berzikir dan bertasbih kepada Allah SWT tanpa hentinya mengingati-Nya. Subhanallah.
"Mendoakan alm Asraf diampunkan segala dosa, amalan kebaikannya diterima, pahalanya terus mengalir hingga ke akhirat kelak, menempatkan rohnya sentiasa dalam dakapan teduhan kasih sayang Allah bersama golongan insan-insan yang beriman dan beramal soleh, InsyaAllah.
"Congrats Umi dan Pak Mat dengan kelahiran kurniaan Illahi seorang anak sehebat alm Ashraf bukan sahaja ketika riwatnya masih ada, ketiadaannya juga bagai sentiasa ada hingga ke saat ini. Happy birth Ash. Al-Fatihah," komen yang indah ditulis.
Allahyarham Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari lalu kira-kira pukul 4:00 pagi (waktu tempatan) akibat serangan jantung.
Must-Watch Video