Berita

“Umi Rindu Senyuman…”- Anak PU Abu Dimasukan Ke Hospital

gempak
Syafiqah Jalal
19/12/2019
06:30 MYT
Sponsor Banner
“Umi Rindu Senyuman…”- Anak PU Abu Dimasukan Ke Hospital
Anak kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, Adam Aysar jatuh sakit dan dimasukan ke hospital kerajaan.
Bekas isterinya, Ain ‘Afini berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Tidak menjelaskan punca anaknya jatuh sakit, Ain hanya meminta agar semua mendoakan kesembuhan bayi lelakinya.
“Manja ni suka tidur pegang tangan. Harini Umi jaga awak nanti dah besar, awak jaga Umi pula tau.
“Bila Umi dah tak mampu nak jaga diri sendiri, awaklah yang Umi akan susahkan nanti! Pinky promise
“Mommies tolong doakan saya cepat sihat eh. Kesian Umi rindu senyuman saya,”tulisnya.
Dalam entri yang sama, Ain memuat naik foto anaknya yang kini menerima rawatan di hospital.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar Adam segera sembuh.
Ain melahirkan Adam pada Jun lalu selepas disahkan bercerai dengan PU Abu.
Kisah rumah tangga PU Abu menjadi perhatian umum apabila Ain mendedahkan telah diceraikan suaminya selepas memilih untuk bernikah dengan Hana.
PU Abu dan Hana yang berstatus janda anak seorang telah mendirikan rumah tangga pada Mei lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024