Berita

Umie Aida Dapat Menantu Pertama, Anak Lelaki Selamat Bernikah

gempak
ZULHILMI JALIL
12/12/2020
04:40 MYT
Sponsor Banner
Umie Aida Dapat Menantu Pertama, Anak Lelaki Selamat Bernikah
Pelakon Datin Seri Umie Aida menerima kehadiran menantu pertama dalam hidupnya hari ini selepas anak sulungnya, Danial Firdaus selamat melangsungkan majlis pernikahan pagi tadi.
Dengan sekali lafaz, Danial, 27, yang juga pemain keyboard kumpulan Neon Band bergelar suami kepada Hanis Zahira, 28.
Majlis pernikahan diadakan di Masjid Ibnu Mas'ud, Jalan Damai, Kuala Lumpur.
Berita gembira itu dikongsikan Umie menerusi satu hantaran video pernikahan yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Umie turut mengucapkan tahniah kepada anak angkat pertamanya itu.
"Alhamdulillah syukur, tahniah," katanya menerusi entri di Instagram Story yang dirakam bersama adik-beradiknya, Erma Fatima dan Betty Rahmad.
Pada masa sama, Erma dalam video itu turut meluahkan rasa gembira dengan kehadiran ahli keluarga baharu.
"Alhamdulillah, kita dah dapat satu keluarga baru. Bertamabh lagi keluarga, Insya-Allah bulan depan ada lagi," katanya.
Danial dan Hanis sebelum ini mengikat tali pertunangan pada Jun lalu.
Selain Danial, Umie mempunyai dua anak angkat lagi iaitu Mohd Dzulhilmi, 26, dan Nur Aisya berusia setahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live