Berita
Umie Aida Dedah Permintaan Keluarga Ketika Pertunangan Betty Rahmad Buat Semua Terkedu
Pelakon Umie Aida mendedahkan kakaknya Erma Fatima, telah membuat permintaan luar jangkaan kepada adik iparnya ketika majlis pertunangan Betty Rahmad pada September lalu.
Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, Umie Aida berkongsi video Erma menyebut hantaran yang diminta daripada pihak lelaki.
Menurut Umie, kedua-dua belah pihak keluarga terkedu selepas Erma meminta adik iparnya, Damis perlu membaca atau khatam senaskah al-Quran sebelum bernikah dengan Betty.
Umie memberitahu lebih mengejutkan apabila dengan tenang, Damis terus bersetuju dengan permintaan Erma.
Jelas Umie, dia faham apa yang cuba dilakukan akaknya. Erma hanya mahu melihat kesungguhan Damis untuk memikul tanggungjawab sebagai suami kepada adik bongsu kesayangan mereka.
Rata-rata pengikut IGnya kagum dengan permintaan Erma itu kerana zaman kini ramai yang meletakan wang yang tinggi sebagai hantaran.A post shared by umieaida (@umieaida9) on
Betty dan Damis selamat bernikah pada 6 Februari lalu.
Foto/video: Instagram Umie Aida
Must-Watch Video