Terkini
Umie Aida Pura-Pura Dalam Pantang, Ini Reaksi Tun Dr Siti Hasmah
Pelakon popular, Datin Seri Umie Aida membawa anak angkat ketiganya yang masih bayi ke kediaman Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad.
Perkara itu dikongsi Umie menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya hari ini.
Menurut Umie, dia sempat bergurau di hadapan isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah dengan berpura-pura masih dalam pantang seolah-olah baru melahirkan bayi tersebut.
Namun begitu, Umie menyifatkan lakonannya itu tidak berkesan kerana Tun Siti telah mengetahui perkara sebenar.
"Sempat juga me berlakon depan Tun Siti.. walaupun tak sampai seminit.. Me sampai je rumah Tun.. dengan langkah seperti orang baru bersalin.
"Ayat pertama yang keluar dari mulut me pada Tun Siti.. Umie masih dalam pantang.. baru 30 hari Tun," tulisnya.
Dalam pada itu, Umie menambah, Tun Siti tidak terkejut dan menasihatinya agar menjaga bayi tersebut dengan baik.
"Wajah Tun Siti tak terkejut langsung, malah tersenyum sambil pegang baby dan berkata:
"Alhamdulillah, jaga amanah Allah sebaik-baiknya dan cuba susu badan selama 2 tahun untuk baby ini"
"Tun seperti tahu lakonan me tadi tak natural," tambahnya di ruangan kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan nasihat Tun Siti dan tumpang gembira melihat bayi tersebut didukung oleh Tun Mahathir.
Difahamkan, Umie telah berkunjung ke kediaman Perdana Menteri itu bersama suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk meraikan ulang tahun kelahiran Tun Mahathir yang ke-94 dan ulang tahun kelahiran Tun Siti yang ke-93 baru-baru ini.
Must-Watch Video