Pelakon Ummi Nazeera memaklumkan dirinya dijangkiti virus COVID-19 sejak seminggu lalu.
Menerusi Instagram Story, Ummi tidak menolak kemungkinan mendapat jangkitan selepas menghadiri acara rumah terbuka Aidilfitri baru-baru ini.
"Saya ada menghadiri jemputan rumah terbuka dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk memakai pelitup muka tanpa bersalaman dengan orang lain.
"Namun, ketika menjamu selera, seperti biasa saya menanggalkan pelitup muka. Mungkin benda nak berlaku," ujarnya yang menjalani kuarantin kendiri di kediamannya yang sudah memasuki hari ketujuh.
Ummi bersyukur wabak itu tidak menjangkiti ahli keluarganya yang lain terutama anak-anaknya.
"Suami dan dua anak tidak dijangkiti. Semuanya bermula selepas kepala rasa berpusing-pusing dan pening berpanjangan.
"Saya juga alami simptom lain seperti demam, sakit tekak, kepala, telinga dan badan selain batuk berterusan," tambahnya.
Sementara itu, menerusi perkongsian suaminya, Dr. Izzar Anwari dia mengambil alih tugas menguruskan rumah dan anak-anak mereka sepanjang isterinya menjalani isolasi.
"Isteri tercinta saya telah dijangkiti COVID-19. Sebab beraya la ni kan. Takpe takde rezeki boleh kena tu.
"Alhamdulillah anak-anak serta saya sekarang tak bergejala. Ummi pun bergejala ringan sahaja. Nasib baik dah amik vaksinasi. Isolasi seorang diri kat dalam bilik tengok kdrama. Sayalah kena menjaga anak-anak.
"Jom sama-sama doakan wife saya sembuh segera, serta bertambah rezeki dan keluarga bertambah bahagia. Tapi takpa, esok hari terakhir wife saya nak berisolasi. Pastu sabtu boleh sambung beraya kat luar," ujarnya.
Dr Izzar turut menasihati orang ramai agar terus berwaspada dan mematuhi cara isolasi seandainya dijangkiti virus berkenaan.
Malah, berpesan pada orang ramai agar tidak perlu mencipta stigma takut akan bekas pesakit COVID-19.
Amri Hassan
Fri May 13 2022


“Tolong Sapu Hati I Please” - Muka Macam Pelakon You? Hasrat Gadis Ini Jumpa Cleaner Kacak Akhirnya…
Ramai mendakwa lelaki berkenaan kelihatan seperti watak drama bersiri You, Joe Goldberg

Mystery Ranking Show Malaysia Kapsul - EP1
Macam mana dengan show tadi? Best? Kalau korang nak lagi, apa kata korang layan kapsul ni pulak. Jom kita tengok apa persiapan dorang sebelum bermulanya show tadi. #MysteryRankingShowMalaysia

#TravelMana: Tambang Kereta Api Tenom RM1.20 Sehala, Percutian Gadis Ini Ke Sabah Tular! - “Boleh Bau Angin Segar”
Bucketlist!

“Sepatutnya Last Check Up…” - Berkat Jumaat, Anzalna Selamat Bersalin Anak Kedua
Lepas Elfira, Anzalna pula bersalin. Tahniah, ramainya baby tahun ni hehe

Elfira Loy Selamat Lahirkan Bayi Perempuan
Alhamdulillah...

“Jangan Paksa Mereka Ubah…”- Sheikh Muszaphar Dedah Anak Kidal Banyak Kelebihan
Kidal ni memang rare!

“Jangan Buang Anak, Hubungi Saya” - Iesya Toh Ambil Inisiatif Jadi Talian Bantu Mangsa
Baguslah Iesya Toh nih.

“Padam Video Sebab Masalah Teknikal” - Agensi Nafi Dakwaan Netizen, Yoo Eun Hye & Kim Jong Kook Tak Bercintalah!
Eh couple ke tak ni sebenarnya?

Rossa Bakal Luah 25 Tahun Usia Nyanyian Dalam Konsert Mega
Wah kejap je dah 25 tahun?

Bersolek Ala Glamor Seperti Kilafairy Atau Natural Look Macam Nadia Brian Untuk Lebaran Kali Ini?
Dah cantik bersolek, kesihatan gigi jangan dilupa.