Personaliti dan usahawan fesyen terkenal Datin Vivy Yusof mengumumkan dia bakal menerima kehadiran anak lelaki tidak lama lagi.

Menerusi laman sosial Instagram, Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 34, berkongsi sebuah video acara mengumumkan jantina bayi yang disambut bersama suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar dan tiga lagi anak mereka.

We can’t wait to meet you, baby boy. Thank you everyone for the overwhelming love and prayers. A bit more to go, insyallah,” tulis Vivy di ruangan kapsyen video.

Menerusi perkongsian berdurasi 21 saat itu, pasangan tersebut meletupkan belon lantas mengeluarkan kepingan kertas berwarna biru menandakan bayi lelaki.

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)


Sementara itu di ruangan komen, pengumuman jantina tersebut mendapat maklumbalas yang positif daripada wargamaya memandangkan pasangan itu bakal melengkapkan keluarga mereka dengan sepasang anak lelaki dan sepasang anak perempuan.

Hi five! 2 boys and 2 girls,” komen seorang wargamaya.

Congratulations V! All you have now and a mother of four, masyallah you’re truly loved by Allah. Also, how you strategically ‘planned’ 2 boys 2 girls,” kata seorang wargamaya.

Alhamdulillah, 2 pairs,” ujar seorang wargamaya.

Yeay Daniel dah ada geng. Congratulations,” ucap seorang wargamaya.

Much love from this family. Daniel’s big smile makes me melt. Cant wait to see another ‘Shah’ soon,” tulis seorang wargamaya.

Alhamdulillah congratulations Vivy, Fadza, Daniel, Mariam dan Sarah. You're gonna have a baby boy,” ujar seorang wargamaya.

“Dapat agak boy sebab perut kecil ja,” komen seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 400,000 tontonan daripada pengikutnya.

Untuk rekod, Vivy mendirikan rumah tangga bersama Fadza pada tahun 2012.

Pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata, Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.