“Umur Dia Dah Macam Bapak Kita” - Kena Maki Kotorkan Baju Melayu, Warga Emas Ini Buat Ramai…
Perkongsian seorang pengguna TikTok mengenai sebuah video warga emas yang dimarahi pelanggan mencetuskan rasa bengang netizen.
Menerusi video berkenaan, warga emas yang juga seorang tukar bersih pada awalnya sedang mengemas pinggan-pinggan kotor di medan selera sebuah pusat beli belah.
Namun, menurut individu tersebut, warga emas berkenaan dengan tidak sengaja terlanggar lalu menyebabkan baju raya seorang pelanggan kotor.
Jelas individu tersebut, dia agak terkesan apabila warga emas Bangladesh itu dimaki oleh pelanggan berkenaan.
“Uncle ni orang Bangladesh, aku tak sampai hati daripada awal datang. Terkesan sebab dia kena dengan orang Melayu.
“Baju raya kotor boleh dicuci, tapi hati yang suci sukar dicari.
“Aku terkesan sebab dia bawa troli kutip pinggan, lepas tu terlanggar orang Melayu kira 40-an la kot.
“Kena marah sebab baju raya dia kotor. Usia dia mungkin dah macam umur bapak kita,” katanya.
Perkongsian berkenaan kemudian mencetuskan kemarahan ramai apabila sikap sesetengah pelanggan yang sangat kurang ajar.
Kebanyakan mereka menasihatkan supaya orang ramai tidak bersikap angkuh dan sentiasa menghormati satu sama lain.
@wiwieriana sbg ingatan kita semua saling jaga adab dan hormat menghormati sesama insan. islam itu indah. islam itu sgt penyayang. penuh dgn kasih sayang.♬ Syukur (Alhamdullilah) - Ungu