Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya di Malaysia ini ramai juga peminat filem Tamil tau.

Apatah lagi apabila naskhah filem itu melibatkan nama-nama besar yang lakonannya memang superb!

Antaranya Rajinikhant, Vijay, Ajith Kumar, Kamal Haasan, Suriya, Dhanush dan Vikram.

Terbaharu aktor lagenda, Kamal Haasan kembali dengan filem berjudul Vikram!

Jika anda seorang penggemar filem aksi maka inilah jawapannya! Nak cakap mengenai lakonan? Fuh rasanya ramai yang dah tahu kualiti filem kalau ada Kamal Haasan kan?

Memang tak menyesal lah jawapannya kerana Vikram kini merupakan salah satu filem paling sukses di Kollywood.

Filem thriller aksi ini ditulis dan diarahkan oleh Lokesh Kanagaraj manakala Raaj Kamal Films International pula selaku penerbit.

Selain Kamal, Vikram juga dibintangi oleh Vijay Sethupathi, Fahadh Faasil, Kalidas Jayaram, Narain dan Chemban Vinod Jose.

Lebih istimewanya lagi, pelakon hebat Suriya juga muncul sebagai penampilan khas.

Saksikan Vikram di Astro First bermula esok, 14 Julai 2022.

Astro First membawakan anda filem blockbuster terbaharu VIKRAM ke pawagam rumah anda sendiri untuk tontonan bersama keluarga dan rakan.

Sewa bila-bila masa di Astro First (saluran 480) dan untuk pilihan yang lebih fleksibel di On Demand.

Sinopsis:

Ketua pasukan black-ops, Amar telah dipanggil oleh Ketua Polis Jose untuk membawa keadilan kepada sekumpulan pengawal bertopeng yang telah membunuh Stephen Raj, ACP Prabhanjan dan bapa angkatnya, Karnan.

Amar dipanggil selepas peristiwa menumpaskan konsainan haram Adaikalam dan Anbu oleh Inspektor Bejoy.

Amar mengetuai penyiasatan dengan menyelidik kehidupan Karnan kerana pembunuhannya agak pelik.

Karnan merupakan orang biasa manakala dua lagi yang dibunuh adalah pegawai tinggi di bahagian Narkotik.