Amri Hassan
Mon Jul 02 2018
Pengacara popular Fara Fauzana berkongsi pengalaman mencemaskan di tol Subang menuju Shah Alam baru-baru ini.
Kejadian itu berlaku apabila sebuah kenderaan yang tersangkut dalam kesesakan jalan raya tidak bergerak dan keadaan pemandunya sedang menunduk ke bawah.
"Dalam asyik melayan lagu alih-aluh orang kiri kanan pakat tekan hon. Dah kenapa kereta depan tu tak nak jalan?
"Kereta depan dia dah bergerak tetapi dia statik sahaja.
"Bila tengok pemandunya asyik tunduk ke bawah. Jadi, saya tekan hon kuat-kuat tetapi dia tetap tak bergerak.
"Saya buka tingkap dan jerit, uncle! uncle! Tetap tunduk tak bergerak.
"If dia tidur, itu normal sebab penat. Kalau dia pengsan? Atau lebih buruk sakit jantung dan...," cerita Fafau.
Fafau kemudiannya keluar daripada kenderaannya untuk memeriksa keadaan pemandu itu.
"Saya terus tekan double signal, keluar dari kereta pergi dekat uncle itu dan ketuk tingkap tetapi dia tak bergerak.
"Saya ketuk lagi, kuat sikit. Akhirnya dia angkat kepala macam orang baru sedar.
"Are you okay uncle? Dua kali ulang baru dia respons.
"Tak kelakar! Nasib baik dia tidur. Kalaulah dia sakit jantung dan tak sedarkan diri dalam keadaan sesak teruk itu, saya tak tahu.
"Mungkin selepas ini kalau kita nampak orang depan tak gerak tolong jangan marah-marah. Mungkin dia perlukan kita untuk selamatkan dia daripada lebih parah," pesan Fafau lagi.
Perkongsian mendebarkan Fafau itu mendapat respons netizen yang berpesan sesama sendiri untuk lebih prihatin dan berhati-hati di jalan raya.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @realfafau
Farez Adnan Nafi Ciplak Lagu Raya Aliff Syukri – “Saya Bayar Lebih Daripada Datuk”
Kecoh baru-baru ini mengenai kes lagu raya usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang didakwa telah diciplak oleh penyanyi dan komposer lain.
Aliff Syukri Tak Puas Hati Penyanyi Lain Ciplak Lagu Raya? – “Orang Tetap Nak Dengar Suara Saya”
Usahawan sensasi, Dato Aliff Syukri meluahkan rasa tidak puas hati apabila mendakwa seorang penyanyi lain telah mencuri lagu raya nya yang berjudul Chu Ku Chuk Raya.
Firdaus Wong Lapor Polis Ugutan Bunuh, Pukul & Fitnah
Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung membuat enam laporan setelah menerima ugutan bunuh, pukul dan fitnah melibatkan dirinya serta keluarga di Balai Polis Wangsa Maju pada Rabu.
Muat Naik Gambar Di Gunung Kinabalu, Instagram Lee Min Ki Dibanjiri Komen Peminat Tempatan
Pelakon popular Korea Selatan, Lee Min Ki mengejut peminat apabila memuat naik beberapa keping gambar ketika berada di Gunung Kinabalu, Sabah.
Suami Sandra Dewi Kena Tangkap Kes Rasuah, Netizen Ungkit Kahwin Di Disneyland & Beri Anak Jet Peribadi
Harvey Moeis ditahan atas dakwaan menerima rasuah dengan nilai mencecah trilion rupiah dalam urusan perniagaan terkait perlombongan biji timah yang merugikan negara.
“Saya Tak Benarkan Diana Buat Bariatrik” - Farid Kamil
Farid percaya kurus secara semulajadi.
Anggap Wajah Asyik Jadi Duta Produk Sebagai Rezeki, Dato Fazley Tampil Dengan Koleksi Wangian Bau Pastri!
Hasil kerjasama dengan syarikat bumiputera tempatan ENKÉ Malaysia, cef selebriti Dato Fazley Yaakob telah memperkenalkan koleksi wangian terbaharu, Pâtissier Pure Parfum, yang dillhamkan dari kemahiran dan seni 'pâtissiers'
Uniknya Kempen Raya Converse Malaysia x Monkiddo! Ada Sampul Duit Raya & Filter AR Kad Raya
Converse Malaysia dengan bangganya mengumumkan kerjasama dengan Monkiddo
Alif Satar Nafi Menunjuk-Nunjuk Buat Kebaikan, Syukur #GengSubuhMacamJumaat Diterima Baik! - "Saya Nak Semua Bersatu"
Selebriti versatil, Alif Satar bersyukur kempen solat berjemaah, #GengSubuhMacamJumaat diterima baik dan mendapat sambutan yang hebat dari pelbagai usia.
Kalini Sherry betul betul nervous! | Di Sebalik Tabir | You Know Nothing About Cooking | EP15
Siapa kata bila nampak tenang tapi semuanya ok? Dalam hati belum tentu lagi. Habis nervous Sherry bila nak kena masak sorang-sorang!
Jom saksikan You Know Nothing About Cooking bersama Sherry Al Hadad & Datin Marlia Musa serta tetamu jemputan setiap hari, 12 tengah hari di Gempak.com!
#YouKnowNothingAboutCooking
#YKNAC
#GempakOriginalSeries