Berita
Unik! Farah Nabilah Perkenalkan Nama Anak Selepas 6 Hari Bersalin
Pelakon Farah Nabilah Saipuddin, 28, berkongsi nama anak sulungnya iaitu Andre Omar Mohamed Amirul.
Farah berkongsi nama itu selepas enam hari melahirkan bayinya.
“My precious, Andre Omar bin Mohamed Amirul,” katanya.
Farah berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagramnya, semalam.
Farah juga berkongsi sebahagian wajah anaknya dan bergurau mengenai Andre Omar yang tembam.
“Ya, semua makanan yang saya pesan melalui perut mommy pergi ke pipi saya,” katanya berseloroh.
Rata-rata pengikut dan rakan selebriti turut mengucapkan tahniah dan tidak sabar untuk melihat wajah penuh Andre Omar.
Farah dan suami yang juga juruterbang, Mohammed Amirul Yunus selamat diijabkabulkan pada 20 Disember lalu di Mutiara Ballroom, Royale Chulan Damansara.
Must-Watch Video