Gaya Hidup
Unik! Thailand Pertaruh Kostum Gajah di Miss Universe
Terkenal sebagai 'contender' utama dalam kategori kostum nasional di pertandingan Miss Universe, Thailand sekali lagi tampil kreatif menerusi kostum mereka tahun ini yang bertemakan gajah.
Kostum itu melambangkan kepentingan gajah dalam sejarah Thailand, yang mana haiwan itu merupakan tunggangan pahlawan sewaktu peperangan, dan menjadi lambang kekuatan keseluruhan kerajaan itu.
Dilengkapi hud putih yang direka berbentuk belalai gajah, ia merupakan hasil cetusan idea penata gaya, Theer Phasuk.
Advertisement
Miss Universe Thailand, Sophida Kanchanarin, bakal memperagakan kostum itu di acara Miss Universe yang bakal berlangsung di Bangkok, Disember depan.
Malaysia pula akan memberi saingan menerusi kostum 'perahu bangau' yang didedahkan kepada umum, minggu lalu.
Sumber: Agensi / Astro Awani
Foto: Miss Universe Thailand
Must-Watch Video