gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Netizen Terpukau Tengok Eyka Farhana Sempat Bersiap Masak Di Dapur - "Manakala Kita Dengan Kicap Sama Naik"
HIBURAN
"Aku Doa Kau Dapat Hidayah, Bukan Untuk Kau Terus Jadi Hidayah" - Damian Mikhail Tegur Saiful Malaysian Idol
HIBURAN
Ibu Fattah Amin Tersasul Masa Buat ‘Live’ TikTok Jual Tudung - “Sayang Betul Ibu Pada Kak Long Sampai…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Universal Music Malaysia & Faithful Music Jalin Kerjasama Strategik

Amri Hassan
Amri Hassan
30/06/2025
20:35 MYT
Sponsor Banner
Universal Music Malaysia & Faithful Music Jalin Kerjasama Strategik
Universal Music Malaysia (UMM) mengumumkan kerjasama strategik bersama label muzik tempatan Faithful Music, sekaligus menandakan satu langkah besar dalam memperkukuh pasaran muzik Nusantara merangkumi Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Menerusi kerjasama ini, UMM di bawah Universal Music Group telah memperoleh pegangan majoriti dalam Faithful Music, yang diasaskan oleh Faizal Tahir dan Mike Chan pada tahun 2015.
UMM juga akan bertindak sebagai pengedar eksklusif bagi katalog muzik Faithful Music yang merangkumi lagu-lagu popular seperti Santai, Angau dan Alamak Raya Lagi.
Faizal Tahir menyifatkan kerjasama ini sebagai satu penghormatan buat label tempatan dan yakin ia mampu membuka lebih banyak peluang kepada bakat-bakat baharu.
“Peluang bekerjasama dengan Universal Music Malaysia sangat mengujakan.
"Ini juga satu pengiktirafan besar terhadap kepentingan dan kekuatan lagu serta artis tempatan. Faithful Music ditubuhkan dengan kepercayaan bahawa setiap artis, pada setiap peringkat kerjaya mereka, berhak menerima peluang berkualiti tinggi untuk berkembang maju dan berjaya.
"Kami teruja untuk memperkukuhkan lagi perkhidmatan yang kami tawarkan kepada klien kami menerusi kerjasama ini bersama pasukan Universal Music," tapi juga memartabatkan karya tempatan di peringkat antarabangsa,” kata Faizal.
Menurut Pengarah Urusan UMM, Kim Lim, kolaborasi ini merupakan pelaburan jangka panjang yang selari dengan visi mereka untuk menyokong komuniti muzik Malaysia.
“Bukan sekadar membentuk satu perkongsian, ia juga adalah pelaburan dalam komuniti muzik tempatan yang selari dengan komitmen kami untuk menyokong pencipta muzik yang sedia ada, mahupun bakal-bakal pencipta muzik di masa depan, dengan sokongan bertaraf dunia.
"Mencari rakan kongsi yang berkongsi semangat kami untuk menghasilkan lagu dan rakaman ikonik yang mampu menjana pertumbuhan jangka panjang adalah amat penting sebab itu kami gembira dapat bekerjasama dengan Faizal, Mike dan pasukan mereka di Faithful Music.
"Kami teruja untuk mencipta peluang baharu dari sudut komersial dan kreatif untuk artis-artis Faithful Music. Dengan perancangan UMM tahun ini untuk mengembangkan segmen muzik positif dan kanak-kanak, serta membina keupayaan sebagai agensi sehenti untuk rakan jenama, inilah masa yang paling sesuai untuk memulakan babak baharu yang menarik bersama Faithful Music,” ujar Kim.
Kerjasama ini turut didorong kejayaan beberapa kolaborasi sebelum ini, antaranya lagu Raya Pum Pang yang mencatat lebih sejuta tontonan di YouTube dalam masa dua minggu, serta Memang Smart AYE, lagu kempen Samsung yang menampilkan Insomniacks, Sabronzo (DOLLA), Aziz Harun dan Killa Driz.
CEO Universal Music Asia Tenggara, Calvin Wong, turut menyambut baik penyertaan Faithful Music ke dalam keluarga Universal.
“Ini satu penghormatan bagi kami untuk mengalu-alukan Faithful Music, pengkalan ramai artis muda yang berbakat ke dalam keluarga Universal Music Malaysia.
"Saya sangat teruja dengan peranan yang lebih besar bagi UMM menerusi kerjasama ini, terutamanya untuk pasaran Nusantara yang sedang berkembang pesat dan berpotensi besar.
"Kami tidak sabar dan bersemangat untuk bekerjasama dengan artis-artis ini dengan mempersembahkan bakat mereka kepada lebih ramai pendengar menerusi rangkaian kami yang menyeluruh di peringkat domestik serta antarabangsa,” katanya.
Topic Berkaitan
#Faizal Tahir
#Universal Music Malaysia
#Kerjasama
#Faithful Music
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement