gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Asia Championship 2025 Tawar Aksi Tinju Moden Bersulam Dunia Digital
VIRAL
Bintang TikTok Mati Diracun Akibat Tolak Kahwin Paksa
BERITA
Jenazah Dibonceng Motosikal Akibat Jalan Rosak
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Universe Gateway Ambil Iktibar, Janji Konsert Rabbani Lebih Terurus - “Kami Tak Pernah Lari…”

Mya Amri
Mya Amri
28/07/2025
12:20 MYT
Sponsor Banner
Universe Gateway Ambil Iktibar, Janji Konsert Rabbani Lebih Terurus - “Kami Tak Pernah Lari…”
Penganjur Konsert Intifada Rabbani iaitu Universe Gateway mengambil iktibar dan memberi jaminan bahawa kesilapan yang berlaku pada Konsert Journey Of Sound: Judika & Siti Nurhaliza tahun lalu tidak akan berulang.

Sediakan prosedur & sistem teratur

Timbalan Pengerusi Universe Gateway, Zambri Mohd Isa berkata pihaknya sudah menyediakan satu prosedur serta sistem yang teratur supaya konsert berkenaan berjalan lancar.

“Pihak kita ambil maklum tentang kegusaran peminat rentetan isu penganjuran konsert sebelum ini. Namun ingin saya maklumlan isu tersebut sudah pun selesai. “Insya-Allah untuk konsert Rabbani ini kami akan lakukan penambahbaikan. Kami tidak janji akan seratus sempurna namun kami akan berusaha meminimakan kesalahan.

“Rabbani sudah sedia maklum tentang isu sebelum ini, kami sudah beri satu SOP yang jelas kepada mereka. Kali ini tempat tertutup dan harap masalah dapat diatasi,” jelasnya.
Zambri berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert Intifada Rabbani di Ruema Cafe & Event, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur pada Isnin.

Krisis telah diselesaikan

Mengulas mengenai isu tersebut, Zambri memaklumkan pihaknya sudah menyelesaikan krisis yang berlaku selepas dihubungi pihak yang menjadi mangsa.

“Ada beberapa yang sudah menghubungi kami berhubung isu tersebut, kami juga sudah memulangkan sejumlah wang kepada mereka yang membuat aduan sebagai ganti rugi.

“Pihak kami juga tidak pernah melarikan diri dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya,” ungkapnya lagi.
Dalam pada itu, Zambri berharap dengan penambahbaikan yang dibuat dapat meraih semula kepercayaan orang ramai serta memulihkan semula kredibiliti syarikat.

Rabbani letak syarat

Sementara itu, anggota kumpulan Rabbani iaitu Azadan menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana penganjur yang didakwa bermasalah demi menjaga nama baik mereka

“Pihak kami sedia maklum tentang masalah yang terpalit dengan syarikat ini, namun kami tidak mahu fikir perkara yang sudah lepas. “Demi menjaga nama baik dan tidak mahu berdepan perkara berbangkit pada masa akan datang, kami meletakan syarat kepada penganjur. Antaranya, mempunyai perancangan lain atau plan B sekiranya tiket konsert tidak terjual.

“Saya percaya untuk memastikan konsert ini berjalan lancar, perlu ada sistem yang teratur dan bersepadu,” ujarnya.
Terdahulu, kontroversi membabitkan Universe Gateway timbul apabila Konsert Journey Of Sound: Judika & Siti Nurhaliza mendapat maklum balas daripada pengunjur yang hadir.
Antara isu yang dibangkitkan adalah masalah tempat duduk yang tidak sistematik sehingga menimbulkan kekecohan. Lebih parah ada pembeli tiket kategori VIP terpaksa duduk di zon yang lebih murah disebabkan kecuaian penganjur.
Dalam perkembangan lain, Konsert Intifada Rabbani bakal diadakan pada 20 September depan di Idea Live Arena, Petaling Jaya.
Tiket akan mula dijual pada 31 Julai ini di platform Ticket2u dan Fantopia.io.
Topic Berkaitan
#Konsert
#Rabbani
#Universe Gateway
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement