Skip to main content

Filem

Untuk kelajuan, duit bukan lagi ukuran

honda-eg6-drag-01.jpg

Duit sudah lagi tidak menjadi ukuran jika mahukan jentera mampu memberikan satu keputusan yang sangat memuaskan hati pemiliknya.

Bagi mereka yang sentiasa mengimpikan jentera laju dan berkuasa di atas jalan raya, Honda Civic EG6 hasil kerja tangan pihak ESR Garage di Perlis adalah satu contoh terbaik.

Ia bukannya jentera yang boleh digunakan di jalan raya biasa, tetapi kenderaan yang ditala khas untuk perlumbaan drag.

Jadi bagi membina jentera drag, ia tidak boleh menggunakan komponen biasa atau ‘ayam’ kerana ia mungkin tidak lasak. Malah ia juga cepat rosak jika dikerah pada tahap maksimum.

Bagi membina jentera ini, enjinya dipadankan blok Super90 yang lebih tahan berbanding blok yang asal. Ruang blok itu diisi dengan omboh bersaiz 86mm yang dipegang conrod aluminium dari GRP.

Seperti kereta ubah suai lain, kepala silindernya sudah pun melalui proses port & polish dari pihak Nasty Port Flow yang terbukti kualitinya.

Pada bahagian kepala silinder, ia dipasangkan aci sesondol TB Motorworx yang diikat bersama pulley boleh laras dari T1 dipadankan pula dengan spring injap dan penahan Skunk2 serta injap dan guide Ferrea.

Head stud daripada ARP pula berfungsi sebagai pengikat yang akan memastikan ikatan lebih kukuh antara kepala silinder dan blok enjin itu.

Udara luar disedut masuk ke bahagian ambilan Skunk2 Ultra Race menggunakan pendikit badan Skunk2 bersaiz 90mm.

Melancarkan laluan petrol, ia dipam menerusi Bosch 044 ke pelaras Works dan dihantar terus ke deretan injektor Id bersesaran 1000cc untuk dipancitkan ke bahagian kebuk pembakaran.

Pembakaran dalam enjin turut diperhebatkan lagi dengan palam pencucuh AVS. Oil catch tank rekaan GME Racing juga digunakan bagi mengelakkan minyak berlebihan memasuki semula ke dalam ruangan enjin.

Selain itu, gas karbon monoksida hasil dari pembakaran dalam ruangan kebuk dihantar keluar melalui manifold ekzos HyTech yang diikat kemas pada bahagian kepala silinder.

Ubah suai tidak tamat di situ selepas jentera berkenan dilengkapi kotak gear Thanathon Dogbox 1-4.

Pada masa sama, ia dilengkap klac kepingan berkembar Competition serta SpeedFactory SCHA dan LSD Mfactory LSD. Penjanaan kuasanya juga dipertingkatkan dengan penggunaan unit ECU Link G4+.

Bagi pengendalian lebih cekap dan kestabilan, ia dipasangkan sistem suspensi boleh laras Tein keseluruhannya. Pendakap Hasport yang membantu memegang erat antara enjin dan badan jentera itu, turut ditambah pula penggunaan kit chamber jenama Hardrace.

 

Biarpun ia sebuah jentera drag, sistem brek asal diperkuatkan dengan pelapik brek Bendix Metal King untuk cengkaman yang lebih kuat, belakang menerima sentuhan binaan khas.

Jika melihat bahagian luaran, beberapa komponen badan dibina khas dengan material gentian karbon lebih-lebih pada hadapannya. Rekaan itu semata-mata untuk memuatkan rim Belaks bersaiz 15 inci lengkap dengan tayar perlumbaan Hoosier.

Akhir sekali, boleh dikatakan ruang dalamannya masih kekal asal. Cuma kelihatan duduk Sparco serta dipasangkan dengan meter tekanan minyak Works serta strain gauge flatshift.

Advertisement