Laman Utama

“Untuk Pengetahuan…” - Anak Dakwa Zainal Abidin, Fyna Jebat Sudah Bercerai?

gempak
Mya Amri
17/05/2023
07:18 MYT
Sponsor Banner
“Untuk Pengetahuan…” - Anak Dakwa Zainal Abidin, Fyna Jebat Sudah Bercerai?
Nama penyanyi Fyna Jebat kembali menjadi bualan hangat netizen apabila didakwa sudah bercerai dengan suaminya yang juga bekas jurulatih bola sepak terkenal, Datuk Zainal Abidin Hassan.
Perkara itu mula menjadi tular apabila anak perempuan Zainal iaitu Zahira Aisyah memberikan komen dalam satu akaun media sosial dan mengatakan bahawa bapanya sudah menceraikan Fyna.
“Kenapa perlu kongsi balik cerita empat bulan yang lepas? Ibu saya juga tidak ‘berdamai’ dengan sesiapa dan cerita ini tidak benar.
“Dan untuk pengetahuan anda, bapa saya sudah bercerai dengan Fyna. Mohon padam hantaran ini, terima kasih,” tulisnya.
Terdahulu, entri sebuah portal hiburan itu telah berkongsi semula cerita Fyna sudah berdamai dengan isteri pertama Zainal yang sebelum ini dilaporkan tidak mempunyai hubungan yang baik.
Sebelum ini Fyna pada 9 Januari lalu mengesahkan sudah bergelar isteri kepada bekas jurulatih bola sepak Pahang FC itu namun tidak mendedahkan butiran sebenar bila mereka melangsungkan pernikahan.
Untuk rekod, Zainal Abidin mendirikan rumah tangga dengan Zalina pada 1980 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024