Dari seorang legenda kepada legenda, bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali, mendapat peluang secara eksklusif untuk bertemu David Beckham di ibu kota pada Khamis.

BERITA TRENDING: David Beckham Upload Gambar Depan KLCC, Aliff Syukri Komen: “Saya Artis Malaysia No. 1”

Beckham, yang datang ke Malaysia bagi majlis jenama pakaian ternama, sempat berkongsikan masa untuk bertemu peminat di Kuala Lumpur.

Tidak ketinggalan, Safee turut mendapatkan peluang secara eksklusif untuk bertemu Beckham sekali gus mendapatkan tanda tangan bekas pemenang treble bersama Manchester United itu.

Meninjau ruangan komen di Instagram Safee, ramai dalam kalangan pengikutnya teruja melihat interaksi berkenaan.



David Beckham tiba di Kuala Lumpur pada Rabu bagi menjayakan jelajah bersama jenama sukan popular, Adidas yang berlangsung di butik Adidas, The Exchange TRX semalam.

Sumber: Sinar Harian & Instagram Safee