Penyanyi Usop mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi video sesi fotografi pra-perkahwinannya bersama tunang tercinta, Nur Fatihah Md Hashim.

Menerusi platform TikTok, Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 25, memuat naik momen sesi penggambaran tersebut yang diadakan di tengah bandar Pulau Pinang untuk tatapan umum.

Memilih tema english style, pasangan tersebut mengenakan suit dan gaun berona merah cili sebagai konsep foto dan video pra-perkahwinan.

“Okay lepas ni dalam video muzik Sejarah Cintaku boleh amik bini sendiri la tak payah cari model lain dah,” tulis Usop di ruangan kapsyen video.
@usop_97 Okey lepas ni dalam MV sejarah cintaku boleh ambik bini sendiri laa tak payah cari model lain dah?? #sejarahcintaku ♬ original sound - Usop

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memuji penampilan Fatihah yang saling tak tumpah seperti wanita barat apabila mengenakan gaun kembang tersebut.

Tidak hanya itu, ada juga yang mempersoalkan adakah pasangan tersebut sudah berkahwin memandangkan pelantun lagu Selamanya itu merujuk tunangnya sebagai ‘bini’.

“@user3492523674795:Alhamdulillah cantik dan lemah lembut. Semoga dia dapat jaga Usop dengan baik. Tapi Usop pun kena jaga dia elok-elok tauuuuuu.”

“@sinjoro07⚕️:Lawa gila, macam bukan orang tempatan... btw, sweet eh.”

“@Eila:Lawa betul wife dia.”

“@:Wife dia lawa dan friendly.”

“@Suriaaries:Untung usop dapat wife cantik sangat.”

“@2903HJ:Wah... MasyaAllah, semoga berbahagia hingga ke syurga dan sentiasa di dalam Rahmat Allah SWT.”

“@NorizanMardan72:Tahniah Usop dapat wife lawo. Jangan ada hati nak selingkuh tau ucop sebab bini kamu dah cukup cantik sangat.”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 735,000 tontonan daripada warga TikTok.

Imbas kembali, pasangan tersebut disatukan dalam ikatan pertunangan pada November lalu dan merancang untuk menamatkan zaman bujangnya pada Februari ini.

Sekadar info, Fatihah, 26, berkhidmat sebagai kakitangan pentadbiran dan perniagaan di sebuah syarikat ternama di Pulau Pinang.