Salah seorang anggota Blackpink, Rose sedang berbahagia kerana menerima kejutan yang cukup istimewa.

Berkongsi berita bahagia itu dalam akaun Instagramnya, Rose mengatakan kehidupannya telah sempurna apabila dihadiahkan sebuah gitar berwarna merah jambu dari penyanyi dan komposer Hollywood, John Mayer.

"Life is complete. Ty (Thank you) @johnmayer," tulis Rose semalam.

Menerusi laporan Soompi, Rose menerima hadiah istimewa tersebut selepas dia menyanyikan lagu milik John Mayer, Slow Dancing In A Burning Room dalam acara Sea Of Hope baru baru ini.

Mayer, 43, kemudian menyukai penampilan Rose dalam program tersebut sebelum memuat naiknya dalam Insta Story di akaun Instagramnya.

Tidak berhenti di situ, Mayer kemudian menghantar sebuah gitar elektrik dari model Silver Sky John Mayer kepada Rose.

Bersama gitar tersebut, Mayer dilihat menuliskan nota yang berbunyi: "Saya yang patut berterima kasih kepada anda."

Gitar dengan nuansa vintage itu dihasilkan kolaborasi PRS Guitars bersama Mayer yang baru meluncurkan album terkininya, Sob Rock.

Kredit Foto: Soompi