Laman Utama

“Upacara Minum Teh Pengantin Untuk...”- Adam Corrie Beri Restu Anak Saudara Yang Berkahwin Ikut Adat Cina

gempak
Syafiqah Jalal
10/08/2020
06:23 MYT
Sponsor Banner
“Upacara Minum Teh  Pengantin Untuk...”- Adam Corrie Beri Restu Anak Saudara Yang Berkahwin Ikut Adat Cina
Pelakon Adam Corrie akui sebak ketika menghadiri upacara minum teh pengantin mengikut adat Cina untuk anak saudaranya
Menurut Adam dia tidak menyangka anak saudaranya kini sudah meningkat dewasa.
“Upacara minum teh (pengantin) untuk keluarga terdekat.
“Rasa sebak ketika Ping Yin dan suaminya bagi teh untuk minum.
“Anak yang saya tengok dari kecil dah besar dan seperti tak percaya dah berkahwin.
“Inilah agaknya perasaan seorang ayah, melepaskan anaknya berkahwin. Kalau Fateh kahwin nanti, abah menangis agaknya,” katanya
Adam berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bersama isterinya ketika upacara tersebut.
Bercakap mengenai upacara tersebut, Adam memberiahu ia sebagai memperkenalkan pasangan yang berkahwin di dalam keluarga baharunya.
“Ketika upacara ini, anak saudara akan kenalkan pada suaminya bahawa saya pakciknya dan isteri saya adalah makciknya.
“Selepas diberi minum teh, saya dan isteri akan bagi angpow tanda restu akan rumahtangga mereka dan mendoakan kebahagian rumah tangga mereka,” katanya lagi.
Adam telah memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad, 36 pada 2008.
Adam dan Fazima dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Fateh Lee pada 11 Julai 2018 selepas 10 tahun penantian.
Upacara minum teh (pengantin) untuk keluarga terdekat. Rasa sebak ketika Ping Yin dan suaminya bagi teh untuk minum. Anak saudara yang saya tengok dari kecil dah besar dan seperti tak percaya dah berkahwin. . Inilah agaknya perasaan seorang ayah, melepaskan anaknya berkahwin. Kalau Fateh kahwin nanti, abah menangis agaknya. . Ketika upacara ini, anak saudara akan kenalkan pada suaminya bahawa saya pakciknya dan isteri saya adalah makciknya. Selepas diberi minum teh, saya dan isteri akan bagi angpow tanda restu akan rumahtangga mereka dan mendoakan kebahagian rumah tangga mereka. . Fateh kat belakang tu tgk je . Senyum selalu Selalu bersangka baik InsyaAllah hati tenang #adamcorrie Rasa macam kita plak pengantin baru duduk kat kerusi tu . Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-Hujuraat 49:13)
A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live