Pemergian lagenda fesyen dunia, Kar Lagerfeld pada usia 85 tahun, merupakan satu kehilangan yang sangat besar buat industri fesyen dunia.
Karl Lagerfeld yang dilaporkan meninggal dunia pada Selasa, merupakan seorang pereka fesyen yang sangat terkenal dengan karya-karya yang sangat kreatif, elegan dan classy.
Setiap koleksi yang dikeluarkan sudah pasti amat dinantikan oleh peminat-peminat busana jenama Chanel dan juga Fendi.
Kabin pesawat, air terjun, pantai di tengah kota dan rumah agam antara idea kreatif Lagerfeld dalam mempersembahkan busana-busana mewahnya.
Berikut 10 perkara yang anda perlu anda tahu mengenai Karl Lagerfeld.
• Karl Otto Lagerfeldt telah dilahirkan pada 10 September 1933 di Hamburg, Jerman.
• Karl menukar namanya kepada Lagerfeld kerana ia lebih komersial.
• Lagerfeld telah bekerja sebagai pembantu pereka terkenal Pierre Balmain pada usia 17 tahun selama tiga tahun sebelum menjadi Pengarah Seni pereka Jean Patou selama lima tahun
• Tahun 80-an masa yang sangat sibuk buat Lagerfeld, pada tahun 1983, beliau telah dinamakan sebagai Pengarah Artistik jenama Chanel dan pada tahun 1984, dia telah mencipta jenamanya sendiri. Pada 1987 pula, beliau telah mula membuat kempen pengiklanan sendiri.
• Pada tahun 1993, Lagerfeld telah mengupah bintang filem porno sebagai model bagi koleksi hitam putihnya untuk Fendi. Pengarang majalah fesyen Vogue, Anna Wintour dilaporkan keluar dari pertunjukkan fesyennya kerana skandal model Lagerfeld.
• Buku The Karl Lagerfeld Diet diterbitkan selepas Lagerfeld kehilangan jumlah berat badan yang sangat dramatik iaitu sebanyak 40 kilogram pada tahun 2001.
• Karl Lagerfeld telah mengeluarkan koleksi terhad kerjasama dengan jenama fesyen H&M pada November 2004.
• Karl juga pernah mereka botol minuman jenama minuman terkenal Coca-Cola yang mendapat sambutan.
• Beliau juga cekap sebagai jurufoto, dan pernah mengambil gambar menyanyi, Mariah Carey untuk majalah V pada 2005.
• Pada 2015, gedung fesyen dibawah jenama Karl Lagerfeld buat pertama kalinya telah dibuka di Lagoona Mall di Doha, Qatar.
Sumber: Astro Awani
Syafiqah Jalal
Wed Feb 20 2019
“Saya Mohon Maaf Atas Segala Apa Yang Berlaku, Perbetulkan Diri Secara Perlahan-Lahan” - Aliff Aziz
Aliff Aziz mohon maaf atas segala kontroversi yang berlaku.
Sarah Yasmine Spill The Tea, Aliff Aziz; “Hope You Enjoy This 5 Minutes Fame & Tidur Lena, Goodbye”
Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz tampil mengulas isu mengenai pendedahan yang dibuat oleh ‘kekasih gelapnya’, Sarah Yasmine baru-baru ini.
Aliff Aziz ‘Buka Mulut’ Isu Ditangkap Khalwat Dengan Ruhainies - “Untuk Kata Benda Ini Perangkap Ke, Saya Tidak Dalam…”
Aliff bercakap mengenai isu kena tangkap khalwat.
Check Telefon Ketika Bella Astillah Sedang Tidur, Aliff Aziz Akui Terkejut Bila Baca Chat - “Saya Klik Bahagian Archive…”
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendedahkan tentang kronologi bagaimana dia mendapat tahu yang isterinya, Bella Astillah sedang ‘berkomunikasi’ dengan lelaki lain di belakangnya.
Dari Perkahwinan Bergolak Ke Curhat, Berputik 'Cinta Lokasi' Aliff Aziz & Ruhainies? - "Jika Saya Dapat Undur Balik Masa..."
Selebriti kontroversi Aliff Aziz mengakui terjalin cinta lokasi antara dirinya dan aktres, Ruhainies semasa penggambaran sebuah drama baru-baru ini. Memberi penjelasan tentang perkara tersebut, Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 33, memberitahu permulaan kepada berlakunya hubungan berkenaan adalah apabila dirinya sentiasa memendam per
Lama Tak ‘Contact’, Aliff Aziz Akui Jadi Takut Nak Dengar Suara Bella Astillah - “Tak Tahu Nak Mula Macam Mana”
Aliff dah lebih 40 hari tak bercakap dengan Bella & anak-anak.
Akhyar Rashid Cedera Dibahagian Kepala, Dipukul & Disamun
Allahuakhbar...
Pupuk Minat Kanak-Kanak Dalam Bidang Seni, Genius Aulad Sentiasa Jadi Pilihan Stesen Televisyen
Tidak hanya fokus kepada pendidikan, peneraju dalam pendidikan awal kanak-kanak, Genius Aulad (GA) turut memupuk minat kanak-kanak dalam bidang seni.
Drama Karya Terbaik Siti Rosmizah, Takdir Itu Milik Aku Disambung Lagi 13 Episod!
Drama bersiri popular kegemaran ramai lakonan Emma Maembong dan Shaheizy Sam itu mendapat sambutan positif dan permintaan menggalakkan selepas episod terakhir pada malam ini (2 Mei 2024). Sambungan TIMA bakal meneruskan kisah tragis Dian yang masih belum pulih ingatan, manakala Zarif dikhabarkan curang bersama Azura. Dian sangat kecewa atas perb
Ryan Gosling & Emily Blunt Boleh “Kerat Jari” Filem The Fall *Guy* MELETUP! | Eat, Movie, Repeat [Interview]
Ryan Gosling dan Emily Blunt menceritakan kenapa penonton wajib tengok The Fall Guy yang memberi spotlight kepada crew disebalik takbir dan para stuntmen!
#EatMovieRepeat
#GempakJunket
#GempakMostWanted
#TheFallGuy
#EatMovieRepeat
#GempakJunket
#GempakMostWanted
#TheFallGuy