,
Laman Utama

Usahawan Viral Bantu Pelanggan Teringin Pakai Barang Branded, Boleh Bayar Ansuran 3 Kali -"Tak Semua Mampu Beli Cash"

Amri Hassan
08/04/2022
01:55 MYT
Niat usahawan viral dan pengasas butik Sellection, Nor Rafidah Khairuddin untuk terus merealisasikan impian ramai memiliki barangan 'original' dan berjenama dengan harga mampu milik tak pernah pudar.
Sejak lapan tahun lalu, bermula sebagai 'personal shopper' di Montreal, Kanada, Rafidah percaya kemahuan dan keinginan sesiapa saja boleh dipenuhi.
"Jika dulu hanya golongan tertentu saja boleh memakai dan membeli barangan berjenama mewah. Dengan apa yang Sellection diusahakan, semua skeptikal dan pandangan itu berjaya ditepis.
"Kini orang biasa tak kira usia dan sosial status pun boleh pakai beg, aksesori atau tas tangan berjenama dengan harga berpatutan. Semua individu layak dan berhak waima mereka seorang surirumah, peniaga kecil, guru dan sebagainya.
"Saya turut membantu pelanggan memilih barangan diingini dengan harga terbaik. Sekarang impian pelanggan jadi kenyataan walaupun mulangan hanya angan-angan untuk memiliki tas tangan yang sesuai dengan penampilan, gaya dan acara tertentu.
"Bahkan ada pelanggan yang beli berulang kali kerana senang dengan cara kami," kata Rafidah.
3 kali bayar
Malah dengan tawaran pelan pembayaran ansuran sebanyak tiga kali memberikan jenama itu peluang untuk membantu pelanggan merancang kewangan bulanan.
"Saya percaya semua sentiasa ingin kekal cantik, segak dan berketrampilan, namun mereka ada komitmen tertentu untuk berbelanja.
"Bila Sellection memberikan ansuran tiga kali, pelanggan sangat gembira sebabnya mereka masih boleh rancang kewangan tetapi tetap boleh bergaya dengan barangan berjenama dan berkualiti antarabangsa," katanya
Istimewanya pelan ansuran yang ditawarkan adalah hanya membayar deposit kali pertama dan pelanggan boleh terus memiliki apa yang diingini.
"Bererti mereka tak perlu lagi untuk menunggu sehingga bayaran akhir, baru nak pakai handbag. Semuanya sangat mudah dan cepat dengan hanya melayari www.sellection.com.
"Nak pakai 'branded item' yang 'ori' secara ansuran tidak mustahil lagi! Semua item dijual tulen, baru, diimport daripada Amerika Syarikat dan up-to-date," katanya.
Matlamat jenama ini juga ingin membantu dan membina keyakinan diri pelanggan.
"Saya sedar bukan semua mampu membeli tunai. Memudahkan keputusan pelanggan untuk membeli dengan tawaran harga mampu milik mahupun pelan ansuran adalah kepuasan paling maksima bagi kami.
"Saya percaya kepada konsep 'customer is king' menjadi teras seterusnya menambat hati ramai pelanggan. Saya dulu pun tidak memiliki apa-apa dan hanya orang biasa sahaja. Saya sangat memahami keinginan untuk merasai barangan berjenama itu bagaimana.”
"Banyak persoalan, banyak keraguan dan kadang-kadang rasa tidak percaya diri bahawa mampu nak pakai berjenama," katanya.
Macam shopping di butik antarabangsa
Rafidah meletakkan dirinya di tempat pelanggan dan cuba membantu memberikan layanan, perkhidmatan dan informasi terbaik kepada mereka.
"Semuanya bagi memastikan setiap pertanyaan dan persoalan terjawab. Saya mahu pelanggan berpuas hati dan merasai pembelian berbaloi dan seolah-olah mereka sedang 'shopping' di butik antarabangsa.
"Itulah sebabnya sesi 'live', tips, ulasan tentang koleksi barangan di platform media sosial media kami tidak pernah berhenti. Kami sentiasa nak memberikan nilai tambah kepada pelanggan memiliki barangan 'ori'.
'Tagline kami, 'Embracing Confidence' mahu meraikan keyakinan pelanggan nampaknya telah memberi impak besar dan positif kepada ramai wanita dan lelaki di Malaysia sehinggakan ulasan di laman sesawang mencecah lebih 3700," katanya.
Jelas Rafidah lagi, membaca komen dan ulasan pelanggan juga membakar semangatnya memberikan lebih baik pada waktu mendatang.
"Ada yang kali pertama cakap beli barangan berjenama dengan kami. Malah, dulu mereka tak tahu nak beli secara 'online'. Tapi sudah tahu kewujudan kami, siap rancang beli lagi. Malah disarankan pula untuk orang lain kerana kredibiliti kami sebagai 'trusted seller'.
"Ada juga ulasan yang memberitahu dulu dirinya hanya berangan-angan sahaja untuk pakai barangan jenama dari luar, tak sangka sekarang boleh memilikinya sendiri bila kami tawarkan pelan ansuran.
"Malah ada komen cakap dia bekerja biasa, tapi masih boleh capai impian dan beri ganjaran kepada diri sendiri tanpa meminta orang lain," katanya yang mempunyai butik fizikal di Wangsa Maju
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hiburan

Wau Bulan, Lenggang Kangkung, Rasa Sayang Berkumandang Di Sepanyol! Vocal Pizzest Menang Dua Emas Di The World Choral Cup

gempak
21/11/2024
15:43 MYT
18 pelajar Malaysia dari Vocal Pizzest gabungan Sekolah Internasional Cempaka Bukit Damansara dan Sekolah Cempaka Cheras telah merangkul dua Anugerah "EMAS" dalam pertandingan koir sedunia “ SING FOR GOLD” yang berlangsung di Calella & Barcelona, Sepanyol.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Servis Pelancongan Didakwa Teruk, Kim Seri Mohon Maaf, Janji Perbaiki Kualiti - “Setelah Jadi Ibu Tunggal, Saya Agak Burn Out…”

gempak
21/11/2024
05:55 MYT
Nama personaliti media sosial dan juga usahawan yang dikenali sebagai Kim Seri kembali tular menjadi perhatian netizen.
Unitar