Pelakon dan pengacara Mira Filzah mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi foto terkini dengan ‘baby bumpnya’ yang kecil meskipun usia kandungannya sudah mencecah tujuh bulan.

Menerusi laman sosial Instagram, Mira atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, memuat naik foto terkini tersebut untuk tatapan umum.

Malah, seorang jurusolek selebriti terkenal, Yna Sakinah turut berkongsi foto terkini ketika selesai menyolek wajah pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu di akaun Instagram miliknya.

“Alhamdulillah kandungan dah masuk 7 bulan. Sekarang Kina pun dah start borak pasal mak-mak je.

“Semoga mama Mira dan baby sihat walafiat. Dipermudahkan sampai urusan bersalin. Amin,” tulisnya di ruangan kapsyen.

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

A post shared by Professional Makeup Artist (@ynasakinah)


Sementara itu di ruangan komen foto Mira, ramai wargamaya teruja melihat bayi di dalam kandungannya yang semakin menonjol.

Tidak kurang juga ramai yang berseloroh membandingkan keadaan mereka sewaktu hamil enam bulan dengan keadaan perut Mira sekarang.

“Aaaa baby bump dia dah nampak la,” komen seorang wargamaya.

“Dah nampak baby bump. Cutenya,” ujar seorang wargamaya.

“Glowing sangat mommy ni, and that baby bump!” tulis seorang wargamaya.

“Adeh 6 bulan perut tak nampak sangat. Aku jeles,” usik seorang yang.

“Patut la orang tak nampak perut kecik sangat. Sampai nak beranak dah pun, aaa untunglah perut kecik,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 225,000 tanda suka daripada wargamaya.

Sekadar info, Mira mendirikan rumah tangga dengan suaminya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 32, pada 2 September 2020 dan diraikan dalam empat majlis berasingan.

***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini

Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend

Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​