,
Laman Utama

“Ustaz Memang Pernah Kena Sihir Teruk” - Lepas Netizen Doakan Kesembuhan Ustaz Kazim Yang Didakwa Hidap Sakit Misteri, Rupanya…

Izwan Isa
19/05/2022
02:50 MYT
Menerusi hantaran terkini Datuk Ustaz Kazim Elias di laman Facebook, pendakwah bebas popular itu meminta bantuan orang ramai untuk mengubat penyakit misteri yang dihidapinya.
“Siapa-siapa yang boleh tolong ubatkan saya… tolonglah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang menanggung. Pada Allah kita berserah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Pada hantaran yang sama, Ustaz Kazim berkongsi gambar keadaan tangannya yang dinaiki bintik-bintik hitam.
Namun, Ustaz Kazim tidak memperincikan dengan lebih lanjut mengenai penyakit yang dihidapinya itu.
Menerusi ruangan komen, ramai yang memberikan kata-kata semangat dan mendoakan supaya kesihatan Ustaz Kazim kembali seperti sedia kala.
Begitupun, terdapat satu komen yang menyatakan bahawa gambar yang dimuat naik oleh Ustaz Kazim itu merupakan efek kesan khas solekan untuk penggambaran filem.
“Ini solekan dalam filem terbaharu under Mawi, Zim Zim Ala Kazim,” tulis seorang pengguna Facebook.
Selain itu, pelakon Aeril Zafrel turut memberi komen yang serupa.
“Shooting kan ni ustaz?” tulis Aeril pada hantaran yang dikongsikan oleh Ustaz Kazim.
Begitupun, ramai yang memberikan respons kurang senang dengan kedua-dua komen berkenaan. Katanya, hal sakit tidak boleh dibuat gurauan.
Namun, menerusi kemas kini Facebook seorang individu yang difahamkan bertugas sebagai jurusolek, Ustaz Kazim sememangnya sakit, tetapi dia diberi tugas untuk memberikan efek yang lebih jelas untuk filem lakonan pendakwah berkenaan.
“Sebelum aku memulakan kerja… ustaz suruh aku duduk atas kerusi depan dia untuk dia bacakan ayat ayat doa dan hembuskan kat aku supaya aku selamat dan dilindungi Allah sepanjang penggambaran filem Zim Zim Ala Kazim.
“Dia risau aku takut. Ustaz memang sakit, aku tengok sendiri keadaan kulit dia. Cuma aku tambah lagi untuk menampakkan efek di dalam skrin. Semoga ustaz sembuh dan boleh menjalani kehidupan normal macam orang lain,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen jurusolek berkenaan, ada yang bertanya sama ada Ustaz Kazim benar-benar sakit atau tidak.
Justeru, seorang netizen menulis: “Ustaz memang pernah kena sihir teruk. Mawi lamar UKE filemkan kisahnya. Yang mendoakan pun tak salah. Semoga ustaz terus sihat dan sembuh sepenuhnya,” tulisnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sebijik! Peminat Terkejut Tengok Penampilan Terkini Saharul Ridzwan – “Maaf, Mula-Mula Tengok Macam…”

gempak
23/09/2024
08:55 MYT
Aktor Saharul Ridzwan mencuri tumpuan warganet di media sosial, baru-baru ini.
Hiburan

“Dirasuk, Mendengus Seperti Harimau, Jilat Kaki…” - Shuib Dedah Arwah Siti Sarah Pernah Disihir, Rasa Dibenci Ketika Buat Persembahan

gempak
29/07/2024
00:49 MYT
Pelawak Shuib mendedahkan dia pernah berdepan dengan detik cemas apabila Allahyarham isterinya yang juga penyanyi Siti Sarah dirasuk mahkluk halus.
Hiburan

Izinkan Kisah Disihir Jadi Filem, Ustaz Kazim Nafi Guna Tragedi Gelap Sebagai Marketing - "Tak Berlakon Pun Orang Kenal Saya"

gempak
12/06/2024
08:55 MYT
Pendakwah selebriti, Datuk Mohd Kazim Elias menerangkan bahawa dirinya tidak pernah berniat 'menggunakan' pengalaman disihir sebagai salah satu cara mempromosikan diri sendiri.
Hiburan

"Kulit Ustaz Kazim Keluar Darah" - Mawi Dedah Kisah Mistik Penggambaran Zim Zim Ala Kazim

gempak
18/05/2024
01:55 MYT
Kisah pendakwah dan penceramah bebas, Datuk Ustaz Kazim Elias yang pernah berdepan penyakit misteri mendapat liputan pelbagai pihak dan difilemkan sebagai Zim Zim Ala Kazim.
Laman Utama

Ustaz Kazim Dah Sembuh Dari Penyakit Kulit, Jalani Rawatan Alternatif Di Madinah

gempak
06/11/2022
09:29 MYT
Alhamdulillah
Unitar