Pelakon dan penyampai radio Sinar, Siti Elizad Sharifuddin bersetuju dengan peraturan terbaru yang dikeluarkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang melarang pelakon muda disolek untuk memegang watak orang tua.
Menurut Elizad, pelakon dari generasi lama harus diberi keutamaan kerana mereka dapat membantu serta memberi tunjuk ajar kepada pelakon baru.
"Secara peribadi sebagai seorang pelakon, kita harus utamakan pelakon dari generasi lama kerana mereka memang berbakat, kita ada Wan Maimunah, Fauziah Nawi dan ramai lagi.
"Sekarang pelakon baru muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan, jika pelakon-pelakon senior diberi keutamaan, sudah tentu pelakon-pelakon baru dapat menimba ilmu dari mereka ketika bekerjasama dalam sesebuah drama ataupun filem.
"Saya setuju dengan peraturan terbaru dari Finas itu kerana saya juga akan menjadi tua suatu hari nanti, tak salah kalau industri hiburan tempatan keluarkan semula pelakon lama kerana jika dilihat, masih ramai antara mereka yang tiada kerja kerana tidak menerima tawaran lakonan," kata Elizad kepada Gempak.
Elizad berkata demikian ketika ditemui di Konsert Koo with Cuckoo bertempat di Surf Beach, Sunway Lagoon malam tadi.
Tambah Elizad, solekan menuakan wajah sesuai digunakan jika melibatkan watak mengalami penyakit seperti Leukimia.
"Bagi saya, solekan menuakan wajah boleh digunakan untuk watak melibatakan penyakit seperti Leukimia.
"Kebiasaanya, pesakit Leukimia akan mengalami kedutan, kulit akan jatuh sedikit dan kelihatan lesu, solekan sebegini tidaklah menjadi isu," tambahnya.
Rabu lalu, pengurusi Finas, Datuk Hans Isaac mengeluarkan kenyataan bahawa semua stesen televisyen tidak akan membenarkan pelakon muda disolek untuk memegang watak tua dalam drama dan telefilem terbitan mereka bermula Januari tahun hadapan.
Difahamkan, peraturan terbaru itu bertujuan untuk memastikan jaminan pelakon veteran masih ditawarkan pekerjaan.
Asraf Aided
Sun Nov 24 2019
"Cubalah Tanya Ruhainies" - Bella Astillah
Bella juga enggan mengulas apabila diminta mengulas mengenai kemunculan Aliff dalam temubual di satu podcast di Singapura, baru-baru ini.
Paderi Curi Duit Tabung Gereja RM19,000 Main Candy Crush, Pokémon Go
Seorang paderi di Pennsylvania, Amerika Syarikat berdepan hukuman selepas didapati mencuri duit tabung gereja untuk membuat transaksi secara atas talian.
Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera
Malaysia dikejutkan pula dengan insiden pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim yang cedera di muka dan badan dipercayai akibat disimbah asid.
Afifah Nasir Kini Isteri Syed Hariz!
Pelakon Afifah Nasir selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Syed Hariz pada petang Ahad.
Awal Ashaari Dilantik Wajah Usanita 2024, Bakal Hoskan Program Bual Bicara 15 Episod - "Kita Mahu Sajikan Content Yang Segar & Berinspirasi"
Usanita bakal memperkenalkan program bual bicara yang akan dikendalikan bersama pengacara popular Awal Ashaari.
"Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique
Watak Bono dalam filem Rebel : Berontak Untuk Berotak menampilkan sisi berbeza penyanyi dan pelakon MK K-Clique
1.6 Juta Peminat Banjiri Konsert Percuma Madonna, Cipta Sejarah Lebih 4 Dekad
Madonna mencetak sejarah apabila lebih satu juta penonton membanjiri tapak konsert percuma yang dilakukannya di Brazil bersempena dengan persembahan terakhir dalam The Celebration Tour.
Lagi Individu Sama Dakwa Rossa Sera Kacau Suami Orang - “Sesiapa Tinggal 'Area' Tempat Rossa Tolonglah Telefon JAIS”
Nama bekas isteri Shuk Sahar, Rossa Serra menjadi perbualan hangat baru-baru ini apabila didakwa menjadi orang ketiga sehingga merosakkan rumah tangga sepasang suami isteri.
"Syasya Akan Ikut Suami Sambung Belajar Ke Luar Negara" - Rozie Othman
Nenek kepada bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal iaitu pelakon Rozie Othman memaklumkan cucunya bakal berangkat ke luar negara bersama suaminya untuk menyambung pelajaran pada Jun nanti.
Orang Kaya India Habiskan RM102 Juta Untuk Kahwin, Mariah Carey Jadi Artis Undangan
Kisah perkahwinan megah dan mewah orang kaya India ‘kembali’ lagi.