Laman Utama

Uyaina Arshad Simpati Dengan Nasib Kaka Azraff - "Jangan Demotivated, Ini Sebahagian Daripada Jihad"

gempak
Amri Hassan
06/12/2023
01:50 MYT
Sponsor Banner
Uyaina Arshad Simpati Dengan Nasib Kaka Azraff - "Jangan Demotivated, Ini Sebahagian Daripada Jihad"
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad menzahirkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa penyanyi Kaka Azraff yang dikecam hebat oleh netizen Israel.

BERITA TRENDING: Kaka Azraff ‘Dimalukan’ Oleh Penyokong Zionis Sebab Support Palestin? Tapi Ada Netizen Malaysia...

Bagaimanapun Uyaina, 31, memuji keberanian Kaka yang lantang bersuara tentang isu kemanusiaan di Palestin, hingga mendapat perhatian Jew Hate Data Base.
"Kepada Kaka, jangan rasa 'demotivated'. Ini adalah sebahagian daripada jihad. Yang penting kita tahu niat sebenar kita untuk beri kesedaran kepada orang ramai dan menjadi suara kepada yang tidak mampu untuk bersuara.
"Saya rasa tak ramai orang yang berani untuk lantang bersuara seperti Kaka. Saya harap dia terus kuat," katanya kepada Gempak.
Uyaina ditemui pada pertunjukan fesyen Rico Rinaldi x Good Virtues Co. di Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.
Situasi yang menimpa Kaka itu membuka mata Uyaina akan kebimbangan segelintir selebriti atau pempengaruh untuk lantang bersuara di media sosial.
Hal itu kerana, secara tidak langsung tindakan terbabit merisikokan karier sendiri terutama yang bergantung sepenuhnya kepada sumber pendapatan dari media sosial (misalnya review).
"Macam saya, akaun Tik Tok saya telah disekat. Tipulah kalau saya tak rasa sayang. Tetapi tak mengapa. Akaun boleh buat yang baru.
"Tetapi ada individu yang bergantung dengan akaun media sosial untuk menjana pendapatan," jelasnya.
Untuk rekod, Kaka meninggalkan komen secara mesej langsung (DM) kepada pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic mengecam perkongsian lelaki itu dalam Instagram Story.
Tindakan penyanyi berusia 34 tahun itu meraih perhatian pempengaruh popular tersebut yang kemudian memuat naik semula tangkap layar butiran mesejnya.
“Kerana Israel adalah orang yang memulakan (perang). Israel mencuri tanah mereka dan kini bertindak seperti mereka mangsa?” tulisnya.
Gara-gara kenyataan tersebut, bukan hanya pensohor terbabit, sebuah laman sosial bawah nama Jew Hate Database turut menyenaraikan nama Kaka sebagai antisemitik.
Laman Instagram yang ditubuhkan bagi mendedahkan individu serta selebriti pro-Palestin untuk dimalukan turut berkempen menjatuhkan Kaka dengan mendedahkan maklumat dirinya.
Dalam perkongsian mereka, penyanyi Bukan Hal Aku itu disebut sebagai ‘pembenci Yahudi’ dan pada hantaran sama turut dikongsikan identitinya sebagai artis di bawah Warner Music Malaysia.
Pendedahan dibuat mengakibatkan laman sosial Kaka diserang penyokong Israel, namun ‘tentera bawang’ Malaysia tidak berdiam diri dengan membuat serangan balas.
Malah Instagram label dinaungi penyanyi Bukan Hal Aku itu turut berdepan kecaman berikutan desas-desus menamatkan kontrak Kaka yang dikatakan berkuatkuasa sehingga 31 Disember ini walaupun perjanjian bersama itu difahamkan hanya berakhir pada April 2024.
Rata-rata meminta orang ramai memboikot label yang disifatkan pro-Israel itu, selain mendesak anak syarikat kepada Warner Music Group yang ditubuhkan sejak 1978 tersebut menutup operasi mereka di negara ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live